Tuesday, December 13, 2005
Review Album Dayang Nurfaizah - Kasih
Dayang Nurfaizah - Kasih
Cover Album
Memang cantik dan menarik. Jarang sekali dapat tengok Dayang berimej sebegitu.
Warna yang digunakan juga amat sesuai serta membuatkan orang tertarik
bila melihat. Bila tengok di timbunan CD di kedai-kedai muzik, tentu
orang akan perasan album ni. Unik!
Album Packaging
Tak pasti kenapa, seolah-olah menjadi trend pulak sekarang ni pakej
kotak CD panjang tu digunakan. Album Dayang Sayang Kamu (Repackage) pun
buat camtu.
Album Ning Baizura, Amy Mastura pun macam tu. Mungkin
nak lebih menarik pembeli, serta nak buatkan CD tu stand out di antara
CD-CD lain kat kedai muzik tu.
Anyway, memang strategi yang baik.
1. Puteri Santubong (Intro)
Alangkah bagusnya kalau dapat mendengar Dayang menyanyikan versi penuh
lagu ini. Namun mendengarkan intro ini sahaja sudah cukup membuatkan
kita seolah-olah dibuai-buai dengan alunan muzik serta kemerduan suara
Dayang.
2. Gelora
Pertama kali mendengar permulaan lagu ini, ingatkan suara latar tu menyebut "come over"...rupa-rupanya "Gelora". Hehehe.
Susunan muzik lagu ini agak baik cuma agak janggal sedikit apabila tiba
di bahagian korus. Kawalan vokal Dayang cukup hebat untuk lagu ini.
Sememangnya Dayang menyanyikan dengan cara tersendiri tanpa terlalu
mengubah alunan melodinya, tak seperti yang dibuat oleh Syafinaz untuk
album Rinduku Rindumu dulu.
3. Kasih
Permulaan lagu ini, agak perlahan. Rasanya terlalu lama memandangkan verse permulaan lagu ini
agak panjang. Tapi bahagian korus telah disusun dengan baik. Nyanyian
Dayang terganggu sedikit di bahagian key yang terlalu rendah. Namun
masih terkawal. Ad-lib yang dibuat oleh Dayang untuk lagu ini tidak
terlalu berlebih-lebihan.
4. Sri Bulan
Cukup menarik. Sekali dengar susunan muziknya dah membuatkan kita nak
menari. Memandangkan lagu ini agak rancak, dan bunyi seakan-akan lagu
samba, banyak elemen RnB kedengaran pada nyanyian Dayang. Bahagian
akhir lagu ini menjadi semakin rancak dan sememangnya dah macam lagu
samba.
5. Malam Bulan Di Pagar Bintang
Susunan muzik terbaik dalam album ni. Lagu ini yang sememangnya merdu
dan mendayu telah dibawa dengan baik sekali oleh Dayang. Perubahan dari
verse ke korus di bahagian akhir memang best. Iringan bunyi biola
menambah kesyahduan lagu ni.
6. Saat Yang Bahagia
Permulaan lagu ini terus memberitahu lagu ini lagu rancak. Memang
rancak. Bila sampai ke korus lagu ini semakin menarik. Menari dan terus
menari. Samba!!!
7. Pujaan Hatiku
Alahai..... mendayu sungguh suara Dayang, menyebut
"Marilah.....marilah". Siapa yang mendengar mesti tertawan. Boleh cair.
Syahdu. Penghayatan lagu amat baik oleh Dayang. Susunan muzik juga
sangat baik. Memang cairlah dengar Dayang nyanyi lagu ni.
8. Penawar Rindu
Hmm... Rasanya lebih elok kalau susunan muzik asal digunakan kerana
susunan muzik baru ini kurang sesuai dan kedengaran janggal. Bahagian
korus sahaja agak menarik sedikit, di samping suara latar yang menambah
spice untuk lagu ini. Lagu ini memang biasa Dayang nyanyikan di
show-show beliau. Paling menarik bahagian akhir lagu ini bila
dimasukkan sedikit nyanyian penyanyi asal lagu ini.
9. Fatwa Pujangga
Aishah pernah menyanyikan lagu ini, dan Dayang menyanyikannya tanpa
mengikut penyanyi asal ataupun Aishah. Untuk lagu ini Dayang tidak
banyak ad-lib atau menyuntik elemen RnB dalam nyanyiannya.
10. Tiga Malam
Berbeza....memang berbeza dari nyanyian Siti Nurhaliza. Masing-masing
ada cara tersendiri. Untuk lagu ini, susunan muzik dibuat seperti lagu
RnB Soul.
11. Sri Sarawak
Memang best... best...best....
Walaupun lagu Sri Sarawak ni agak perlahan dan mendayu-dayu, tapi nyanyian Dayang membuatkan lagu ni kedengaran segar.
12. El Atardecer De La Luna (Malam Bulan Di Pagar Bintang versi Sepanyol)
Lirik lagu dalam versi Sepanyol agak panjang sehinggakan Dayang
terpaksa menyebut laju-laju satu-satu perkataan. Tapi sebutan "corazon"
Dayang memang best. Hehehe....
13. Kasih (Live @ Planet Hollywood)
Kalau versi album perlahan, versi live ini lagi perlahan. Tapi vokal Dayang di sini lebih baik berbanding versi studio.
14. Suriram
Lembut dan mendayu suara Dayang. Dodoian merdu Dayang ini pasti buat
semua orang tertidur. Iringan bunyi seruling tidak terlalu menonjol
supaya suara Dayang tidak tenggelam. Kawalan vokal baik. Namun
pernafasan terlalu jelas kedengaran.
Overall
Satu album yang berbaloi untuk dibeli. Aku bagi 4.5 bintang!!!
|
Posted at 08:35 am by houdini
Permalink