houdini's point of view...
|
 |
Monday, November 21, 2005
Open House Akma 19 November 2005 12pm - 4pm Kebetulan
pulak hari Sabtu ni ramai pulak yang menjemput untuk open house... jadi
terpaksa aku menyusun jadual supaya dapat memenuhi jemputan semua. Awal
pagi aku dgn member aku Wan bertolak ke Rawang untuk kenduri kawin
kawan aku. Disebabkan nak pegi open house Akma terpaksala kami pegi kenduri kawin tu awal-awal. Pukul 11.30 dah sampai... makan-makan... jumpa tuan rumah.. balik. Pada
mulanya, janji dengan Kak Lutte, Kak Lenny dan Chicken nak jumpa
diorang kat Plaza Phoenix, tapi Kak Lutte kata tak nak lambat so Kak
Lutte pegi sendiri dengan diorang. Kami memang tak sempat la nak pegi
awal. Dari Rawang jauh woooo.... Anyway, dalam perjalanan aku dok tepon Kak Lutte, tak jawab-jawab. Dah sampai ke belum Kak Lutte ni ? Sesat ke dia ? Aku dah risau dah memandangkan aku dah nak sampai. Bila sampai sekali lagi aku dgn Wan terpinga-pinga. Takde orang pun.
Takkan orang-orang sini tak pegi kot ? Betul ke tempat kitaorang datang
ni ? Lepas tu kitaorang pun gamble je la.Pegi la tempat kitaorang pegi
hari tu, blok 39 tu. (baca posting Projek Cari Rumah Akma Hehehe)  Nampak masih takde apa, lepas tu tetiba dengar lagu-lagu bebudak AF3 dipasang kuat. Rupanya ada khemah kat tepi blok 39 tu.
Aku dengan Wan dah was-was dah memandangkan kitaorang nampak ramai
budak-budak kecik je berkeliaran kat situ. Tak nampak lagi orang lain. Lepas tu nampak Akma, wahhhh.... dah nampak Akma tu rasa confirm la tempat tu betul. Lepas tu Akma dah nampak dah kitaorang, Aku buat-buat pandang tempat lain (cover segan). Hahaha...
Pastu member aku nak amik telepon kat keta. Kitaorang pun patah balik
tempat parking keta.Masa tu aku dah dup dap dup dap dah. Excited +
malu. Mana tak malunya, nampak bebudak je ada. Takde orang dewasa pun. Anyway, lepas tu aku try tepon lagi Kak Lutte untuk kesekian kalinya, barulah berjawab. Dah sampai dan dah kenyang pun. (Ooohoooo Kak Lutte dah sampai lupa terus kitaorang yer!)
So kitaorang pun bergerak la masuk ke area khemah tu. Sampai-sampai
akak yang sediakan makanan tu tegur kitaorang dan suruh masuk. Lepas tu Kak Lutte pun ada kat depan, menyambut kami... wahhh Kak Lutte macam penyambut tetamu dah. Pastu, alaaa Kak Lutte ni, spoil la.... pegi kenalkan aku dengan semua orang. Terbongkar la my secret identity.Hahaha. Mula-mula Kak Lutte bawak jumpa Akma... errrr.... terkedu jap aku...Tak tau nak cakap apa. Pastu Kak Lutte kenalkan dengan Kak Sariyah... nice meeting you KS! Pastu dikenalkan pada Sofea...hihihi.. Wahhhh Sofea sibuk betul, basuh pinggan. Rajin Sofea ni kan ... hehehe Kak Lutte kenalkan dgn orang tu, orang ni... aku just lambai & say Hi jer... Aku pun tengokla makanan yang ada. Macam-macam ada. Sedap-sedap belaka. Lepas tu aku amik makanan cepat-cepat duduk dan makan. Masa tu aku nampak la Badrul & SultanMuzaffar dah abih makan dah. Huh... diorang ni awal betul sampai.
Sambil makan tu mata aku melilau la tengok sekeliling. Tak ramai orang.
Mungkin sebab dah lewat time tu. Kitaorang sampai pun pukul 2 lebih
dah. Bila tanya Aishah, dia kata orang datang gilir-gilir ikut group. Sedang aku makan, tetiba nampak Akma ajak ayahnya bergambar famili ramai2. Masa tu aku rasa macam nak pegi amik je gambar tu.
Tapi masih was-was, member aku suruh pegi, aku pun tinggalkan pinggan
nasik tu pegi amik gambar diorang satu famili.Amik 2-3 gambar, pastu
sambung makan balik. Hehehe... 
 Masa
dok sibuk makan tu, nampak Kak Lutte & the gang dok lepak kat depan
pentas bersama-sama Badrul. Lepas tu aku nampak diorang ni dok ajak
ayah Akma bergambar. Wahhhhh sporting la pakcik. Bergambar dok
atas kerusi macam pengantin lak. Aku tergelak tengok. Kak Lutte &
the geng ni, sajer je mengusik ayah Akma tu. Tak lama lepas tu ayah Akma datang dok depan member aku, sambil borak-borak layan kitaorang.Wahhhh ayah Akma ni sporting la.
Cara ayah Akma melayan kami ni, seolah-olah kami ni one of their
neighbours atau sedara mara je..Tak macam kami ni peminat. Membuatkan
kami rasa welcomed sangat. Dia pun nampak humble sangat. Ayah Akma ni PR dia bagus, mungkin diorang ni semua (Aishah, Sofea,Akma) PR bagus sebab ayah dia. Mak dia pun ada datang tempat kami makan, mak dia pun humble. Mereka berdua ni sebagai host sangatlah ramah dan baik. Layanan yang membuatkan semua tetamu rasa welcomed. Nampak
cara famili diorang ni, walaupun Akma kini seorang bintang, tapi mereka
masih humble, masih lagi seperti biasa. Masih lagi macam
keluarga-keluarga Melayu yang lain. Masih lagi dengan nilai-nilai
tatatertib, nilai-nilai adab melayu. Chewahhh puji melambung ni. Walaupun yang datang tu mereka tak kenal (AkmaFC), tapi mereka layan macam mereka dah kenal. Cuma
Akma sebagai tuan rumah juga, perlu lebih beramah mesra dengan tetamu.
Ingat tu Akma. Jangan pegi kat orang yang Akma kenal je. Pegi pada
semua.Tegur & sapa tetamu yang hadir. Buat macam ayah & mak Akma buat. Sebab kebanyakkan tetamu yang hadir ke majlis tu hadir kerana Akma.
Tapi mungkin jugak Akma penat ataupun dia dah round sebelum kami
datang. Berehat sekejap kot. Jangan ambik hati ye Akma, teguran membina
ni. Tetiba tengah makan, Kak Sariyah nak amik gambar aku.
Errr... masa tu aku serba salah. Tak bagi amik karang orang kata
mengada2. Hahaha. Aku pun pandang le kamera. Hehehe...(Kak Sariyah...ingat yer... sama-sama kita jaga amanah....)  Lepas habis makan, aku pegi la borak dengan Kak Lutte kejap. Masa tu Badrul ada sekali, lepas tu SM pun join sekali. Kak Lutte mintak tolong amik gambar diorang ramai-ramai. Dah amik tu, aku pun amik gambar khemah tu, makanan serta orang-orang tengah makan. Hahaha.. 
 *Satu yang aku perhatikan Akma & Sofea adik beradik tak lekang dengan telefon. Hmmm... siapala telefon @ sms selalu tu yer. Aku pun sibuk la carik diorang ni nak amik gambar sama. Mula-mula nak bergambar dengan Akma ada orang lain bergambar.
Tengok Sofea tengah takde buat apa, aku pun ajak la Sofea bergambar
sama. Punyalah sporting. Dapatla aku bergambar dengan Sofea.Hehehe Lepas tu aku ajak Kak Sariyah bergambar sama. Sporting la Kak Sariyah.(amanah jangan lupa!) Lepas tu tengok Akma dah ke tempat lain pulak. Ish.. hilang lagi. Sebelum orang lain sibuk bergambar dengan Akma baik aku cepat. Aku pun pergila dekat Akma, mintak bergambar sama. Baru nak posing, ada tetamu lak, Akma pegi sambut jap. Huhuhu...tunggu lagi,Pastu baru dapat amik gambar dengan Akma. Excited gilerrr!!! Hehehe... Lepas tu, aku amik gambar Akma sorang, untuk tatapan member2 yang tak dapat pegi.  Aku tengok cuaca pun dah mendung, hujan pun dah turun rintik2 sikit. Ooohoo kena bergerak macam ni. Lagipun aku kena pegi tempat lain pulak. Aku ajak member aku gerak. Aku pun pegilah jumpa semua orang bagitau nak balik. Salam dengan ayah diorang, Akma, Sofea.... Sofea masih sibuk angkat pinggan, basuh pinggan... sori ye tak tolong Sofea. Hehehe... Masa ni ada lagi orang baru sampai. Tak sempat la aku nak tahu siapa. Oh ya sempat jumpa Kak Cham dari JU. Selamat berkenalan Kak Cham. Sori la semua tak dapat dok lama, sebab ada jemputan rumah terbuka lain pulak. Pada yang tak pegi tu, satu kerugian sebab memang time ni tak ramai orang. Kalau korang nak amik gambar dengan Akma sampai abih kodak pun boleh. Hahaha... Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin buat Akma dan keluarga!
Posted at 10:22 am by houdini
Permalink
|