houdini's point of view...
   

<< October 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Saturday, October 01, 2005
Gathering Akma FC di Menara KL 30 Sept 2005



Laporan Gathering Akma FC
Menara KL
30 September 2005



Dalam kekalutan memandangkan hari Jumaat aku kerja, balik kerja aku bergegas la jugak...
kelam kabut aku siap-siap..lepas maghrib baru aku keluar rumah..kusangkakan mudah le nak dapat teksi ke Menara KL...
rupa-rupanya takde teksi nak pegi sebab katanya jam..
cis cis... terpaksa aku jalan depan sikit..baru leh dapat teksi..
berpeluh sakan jugak la aku...pastu aku buat silap lagik..
suruh teksi berenti kat pintu masuk..tak pasal2 kena mendaki bukit lak naik ke menara..
sampai kat atas sambil mengelap peluh dan menarik nafas.. aku tengok2 gak sekeliling..cam tak ramai jer..

pastu dah cool sikit baru aku naik atas, kat situ ada kaunter pendaftaran
sebab aku tengok ada 2-3 kumpulan berpakaian biru putih dok situ..
memandangkan ramai sangat.. aku lepak tepi dulu...sambil tu tertanya2 mana la bundomaq and friends..
pastu tu bun sms aku.. pastu jumpa..pastu register..segan aku dgn diorang ni..
diorang baru jumpa tapi dah macam 10 tahun kenal..aku yang pemalu ini.. chewah.. pun mendiamkan diri sambil tersenyum dengan gelagat mereka..hehehe

*by the way korang memang sporting abisss..

masa register kat kaunter tu.. ada kakak Akma yang cun tu...
Sofea kot namanya.. kalau tak silap Akma panggil dia Alang..dia tolong uruskan pendaftaran...
bersama-sama seorang pembantu serta seorang lelaki yang aku rasa cam pernah tengok tapi tak ingat kat mana..(rupanya Badrul)
lepas tu masuk pintu nak pegi ke lif..
siap ada check cam kat airport tu.. apa kita panggil ? scanner ke ? hahaha

nasib baik aku tak bawak meriam buluh..hahaha
lepas tu kami dibawa naik ke tingkat 3.. tapi bukan tingkat 3...
tapi tingkat 3.. hahaha... tingkat 3 bahagian atas la.. senang cerita..

kat situ cam dewan la...ada beberapa meja makan..
kitaorang ni pun berpecah la, geng perempuan dok satu meja dan aku dgn Bun dok satu meja...
time tu ramai tak sampai lagi mungkin sebab jam...dan aku perhatikan... sikit demi sikit orang datang...
dan kumpulan JU pun dah semakin cukup korum...diorang dok belah kanan pentas, kitaorang dok belah kiri pentas
pastu aku nampak Emai.. kalau korang rajin jalan2 website Akma..mesti kenal Emai..dari Brunei
cheh... Emai datang tak contact aku pun... sombong yerrrr... hehehe

pastu elok2 dok dgn Bun, kakak Akma yang bernama Aishah tu tanya kitaorang dok berapa orang..
pastu bila tahu kitaorang 2 orang je.. dia mintak join meja satu lagi untuk penuhkan meja tu..
malas nak buat hal... kitaorang pun berpindah la.. walaupun aku sikit pun tak ikhlas bila dapat tahu diorang bagi meja kitaorang tu kat orang lain
anyway, aku maafkan sebab malas nak kecoh..
lagipun yang dok kat meja yang kitorang join tu pun ok tak sombong..

aku macam jakun la sikit bila nampak a few celebrities...
aku perasan sorang mamat ni lalu lalang cam kenal..
puas aku pikir baru teringat rupanya sultanmuzaffar.. http://sultanmuzaffar.blogspot.com
patut ler macam familiar jer..kurus keding mamat ni rupanya...hehehe jgn marah ek SM...
pastu nampak sorang mamat ni.. familiar jugak... rupanya ROSTAM radio ERA...dia jadik MC utk malam tu..
pastu nampak Marlia musa and of course M. Nasir, Dr. Love, Abg Asrol...bagusla diorang bagi support kat Akma..

kul 9 lebih baru majlis start..
aku pun tak paham kenapa tema A Moment Like This yang digunakan.. sedangkan sepanjang malam takde pun Akma nyanyi lagu tu..
kalau nyanyi mesti best... huhuhu.. kecewanya aku...
anyway, time Akma masuk tu, hatinya tersentuh tengok peminat dia sampai menitis air mata dia..
Image hosted by Photobucket.com
sayu pulak aku tengok... rasa nak tolong lap je air mata dia.. hehehe
sambil salam M.Nasir, Marlia, Dr. Love & Abg Asrol, dia lap air mata dia...
Peminat semua dah menjerit2 nama Akma dah..

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh ayah Akma (kalau aku tak silap la).
Lepas tu, ucapan dari presiden AKMA FC, Badrul http://badrulaftersix.blogspot.com
baru ler aku tahu dia ni rupanya presiden Akma FC...selama ni tak tahu pun..
itulah.. presiden sendiri aku tak pernah nampak dalam website akmakonnichiwa.fanzclub.com tu
lepas tu Akma pulak bagi ucapan, tersedu sedan dia beri ucapan..

seterusnya perasmian pelancaran logo serta lama web AKMA FC http://www.akmafc.net
time tu Akma jemput M. Nasir bersama-sama lancarkan bersama logo & web tu..
hah ? tukar address pulak ? kalau ini surprise AKMA & Akma FC management... memang aku totally surprise..
time tu jugak aku teringat email aku dulu.. aku pernah cadangkan nama web yang lebih pendek supaya mudah peminat nak ingat address.
Agak-agak diorang ikut cadangan aku ke ? hehehe.. perasan sungguh aku..
hopefully web baru ni tak sepi dan tak kontang dengan informasi tentang Akma...
Image hosted by Photobucket.com

laman web baru dilancarkan tapi takde pulak diceritakan status laman web sekarang..(kesilapan pertama)

Lepas tu, majlis makan-makan pun bermula.. hidangan pembuka selera.. sup ayam...
errr janggal la sikit nak hirup sup pun malu-malu sebab tak kenal orang keliling
aku sedaya upaya nak abihkan cepat supaya tak perlu kontrol diri.. hehehe
sambil tu kat skrin ditayangkan gambar-gambar Akma dari kecik sampai besar..
lagu background pulak adalah lagu tema Who Will Win (WWW) yang dinyanyikan oleh Akma
tajuknya kalau tak silap aku "Anugerah"...bila pulak Akma rakam lagu ni ?
tapi lagu tu best gak.... "Akan kubuktikan... akan kubuktikan.. anugerah yang ada.. moga terlaksana..."
most of the pictures yang ditayangkan dah ada pun dalam website Akma (akmakonnichiwa.fanzclub.com)...
cuma yang menarik sikit. gambar Akma amik gambar muka dia sendiri tu... gambar kat myspace dia kalau tak silap aku.. hehehe
lepas tu Akma start nyanyi..lagu pertama nyanyian Akma ...KuBahagia nyanyian asal Melly Goeslow.
Memang best la Akma nyanyi lagu ni.. enjoy..
sambil nyanyi Akma round satu dewan tu..penat la aku cuba kejar nak amik gambar....hehehe
time ni orang sibuk dok hirup sup ayam tu lagik... hahaha
rasa cam fanatik sangat pulak... aku je beria amik gambar orang lain dok relaks jer..
biarlah... bukan selalu aku dapat jumpa Akma... Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com

ada lagi lagu Akma nyanyi aku tak ingat lagu apa sibuk dok amik gambar...(saper ingat cuba bagitau)
lepas tu Akma ada nyanyi lagu baru dia... Percaya Pada Cinta..
memang best... sesuai dengan suara Akma..
lagu ni jugak telah menyerlahkan vokal Akma. Hopefully lagu ni popular dan masuk carta nanti.
Akma ada mention jugak, lagu dia ni akan dimuatkan dalam album EVO 02 yang akan dipasarkan mulai minggu depan.
member aku bagitau EVO 01 dah keluar featuring Mawi, Amy, Elizza, Fuad, Reza
tapi entah la.. aku rasa kalau beli pun yanga ada Akma je la..
Mesti beli ni....tak puas dengar lagu Percaya Pada Cinta tu...

pastu dia panggil Emai naik atas pentas cuba bergelek dengan dia..
tak sangka Emai pandai gak gelek..wah wah... kalah Inul dengan gelekan Emai... hahaha
Emai sporting laaa.. except part dia cakap takde muzik takleh menari tu.. hehehe jgn marah Emai..
oleh kerana muzik dangdut takde.. Akma nyanyi la supaya Emai boleh bergelek..
time tu jugak.. "Jaangann" (intro lagu selamat jalan romeo)..Akma tergelak sambil kata sumbang..
aku tergelak besar...orang lain tak perasan lagik..lepas Akma cakap baru perasan..
camna boleh sumbang tu Akma....hehehe
Image hosted by Photobucket.com

Lepas tu makan besar.... hahaha... majlis makan pun bermula..
time ni mata aku dok sibuk tengok meja Akma duduk...
aik.. Akma dah hilang ? mana pulak dia pergi... takkan tukar baju kot..
lepas tu .. aku pun tak ingat saper.. maybe Badrul kot datang kat meja aku.. cakap dgn 2 minah kat meja aku tu..
aku pun pasang telinga la sebab dia citer pasal Akma...
hehehe.. dia kata Akma pegi buat Press conference...kat bilik lain la.. reporters takmo open press conference..
cheh.. mengada-ngada sungguh reporters ni.. aku sekeh karang...
aku pun nak dengar jugak apa cerita Akma kat PC tu....

lepas tu Akma pun masuk balik..
time ni aku pun tak berapa ingat apa aktiviti...
dioang buat cabutan bertuah kot..sambil makan makan...
punyalah banyak hadiah cabutan bertuah... satu pun aku tak dapat..
tak bertuah langsung..kenapa la diorang tak sebut nombor 036..yang ada 063 dgn 037..huhuhuh
anyway, seronok jugak tengok orang lain dapat hadiah...tumpang gembira jerla..
Mnasir buat 7 cabutan, Marlia Musa 7 cabuan, Dr.Love 7 cabutan, lebihnya Akma buat cabutan....

* btw, kak lutte dapat dapur gas ke ? hahaha

lepas tu, sessi ramah mesra..Akma pegi dari meja ke meja..time ni semua orang sibuk nak amik gambar...
kat meja aku dah tinggal 4 orang je.. sebab yang lain dah balik awal..
pusing2 Akma jalan.. meja kitaraong tak jugak dia singgah-singgah..
ish.. aku tak senang duduk dah.. ni nak merajuk ni... penat2 aku datang tak nampak ke ?
tengok Akma macam tak nampak meja kitaorang, aku pun terpekik2 panggil Akma...
huh.. tak paus hati aku kalau dia tak datang sini..
last sekali dia pegi meja sebelah. diorang suruh join sekali..
apa lagi berebut le dengan diorang tapi akhirnya dapat le satu gambar dgn Akma..
itupun kena bersuah payah mentidakpedulikan orang lain...hehehe
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com

lepas tu amik gambar masa Akma nyanyi..aku pun tak tahu kenapa..berani pulak aku pegi amik gambar tak putus2..
mula2 dari belakang jer.. jauh dari pentas..lama-lama aku depan pentas terus... hehehe
tensen orang dok belakang kot.. sori ek... aku memang cuba sedaya upaya untuk tidak menghalang pandangan mata dan kamera korang...

aku berapa kali tukar bateri..punyalah banyak amik gambar..fanatik sungguh aku..
lepas tu.. Akma kata nak nyanyi lagu Pulangkan..
time tu aku dok depan pentas.. boleh pulak dia mintak orang lain nyanyi part lelaki tu...
huhuhu...sampai hati Akma.. mentang2 la aku tak popular & hensem cam sultanmuzaffar & mamat meja belakang tu..
tak offer pun aku nyanyi..padahal masa tu kepala otak aku sibuk mengingat lirik lagu tu...
Akma pegi kat SM, masa tu aku senyum kambing jer.. sambil tu aku amik gambar SM yang terkulat-kulat menyanyi tu..
tak dapat aku menahan gelak bila dia salah lirik... hehehe..
pastu mamat meja belakang tu pun.. errr... tak dengar pun dia nyanyi apa..
orang dok sibuk tepuk.. huh... dengki betul aku sebab diorang dapat peluang nyanyi dgn Akma... huhuhu
buat Akma, lain kali suruh je orang depan Akma nyanyi.. takyah cari jauh-jauh.. :p
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com

anyway, lepas tu sessi bergambar la, sessi tandatangan autograph la, serta sessi soal jawab ..
antara soalan yang ditanya
apa perasaan akma bila pegang tangan felix masa lagu bertakhta di hati
akma taknak sambung belajar ke ?
bila nak buat album ?
genre lagu apa yang paling akma suka ?
bagaimana akma mengatasi kutukan ?

Akma cerita lepas terkeluar tu Akma & famili berborak sampai kul 5 pagi....diorang luah perasaan

ada lagi soalan tapi aku lupa..sebab aku tak berkenan dgn soalan-soalan pasal gosip dia dgn felix tu...

aku rasa nak je tanya masa tu... apa perubahan serta usaha pihak Akma untuk memajukan website baru ni serta menarik lebih ramai peminat menyertai AKMA FC berbanding website lama yang banyak kekurangannya ?
tapi tak tersoal ...sebabnya geng JU asyik dok tanya soalan2 pasal hubungan dengan Felix jer..
karang aku tanya soalan serius karang.... semua buat muka toyer lak...so aku malas nak menspoilkan moment tu
cuma aku kurang berpuas hati bila Badrul & pihak Akma sendiri seolah-olah melebihkan ahli JU dari Akma FC sendiri..(kesilapan kedua)
selain tu asyik-asyik bergurau tentang hubungan Akma dan Felix...
once or twice ok... banyak kali.. boring... (kesilapan ketiga)
tolong jangan buat camtu lagi, kami bukan nak tengok Akma bercinta.. kami lebih suka tengok Akma berjaya dalam karier..
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com

anyway, majlis berjalan lancar.. last sekali suprise... apa surprise tu tak tahu la aku..
ingatkan nak bagi CD free ke... hahaha
patutla masa dipanjang-panjangkan..(sessi soal jawab, sessi autograph, sessi bergambar)
rupa2nya Felix datang nak berduet dengan Akma..
alaaaa.. aku tak berkenan.... to Akma & Akma FC management..
lepas ni kalau buat gathering AKMA FC, tolong la jangan jemput orang lain..(kesilapan keempat)
malam tu sepatutnya jadi malam Akma bukan malam Akma dan Felix...
walaupun begitu.. aku tetap jugak jalankan tugas amik gambar...

lepas tu diorang pun berduet la lagu Bertakhta Di Hati..
dan itulah penghujung gathering AKMA FC...
aku pun dah tak larat amik gambar.. dapat jugak duduk akhirnya..
pastu siap-siap nak blah..
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com

pada semua yang hadir.. sorilah tak sempat kenal dgn korang.. aku sibuk amik gambar..
kalau korang perasan mamat yg sibuk amik gambar tu.. korang dah kenal la aku... aku je tak kenal korang saper..

anyway, abih dalam kul 1 lebih sikit.
mata aku dah berpinar dah.. sebab lampu kat dalam dewan tu kejap terang kejap gelap..
pastu flash kamera pun banyak....
balik Kak Lutte & Ewan tumpangkan aku.. terima kasih kat korang...
tak lupa jugak pada Bun (AFUNDI Bun untuk AF4..hehehe) sebab tolong amik gambar aku dgn Akma...
yang sempat kenal dan sudi berkenalan dgn aku... Lenny, Fizah..
yang lain tu tak sempat aku borak dgn korang... dan mengenali lebih rapat..
takpe.. maybe next time...kita jumpa lagi...gathering raya maybe ? hehehe

overall, aku rasa puas hati sebab tak terlalu crowded sangat..
tempat selesa, makanan pun ok..Akma cukup sporting.. nyanyian Akma best..dan ada improvement.. mungkin sebab takde pressure..

orang lain pun best..terima kasih pada yang bekerja keras di belakang tabir..

next time cari tempat senang pegi sikit yer... hehehe
dan tarikh dan masa yang sesuai...(kesilapan kelima)

anyway, dengan web baru ni.. diharap peminat Akma semakin bertambah.We'll support you all the way Akma!

for more pictures go to http://houdini.fotopages.com


 

Posted at 09:52 am by houdini
Comments (3)  

Next Page