Majlis Berbuka Puasa Bersama Akma AF3 Tarikh : 30 September 2006 Tempat : Restoran Senja, Jalan Sultan Ismail Sampai kat Restoran Senja dalam pukul 6. Ingatkan dah lambat rupanya paling awal.Macam lapar sangat pulak datang paling awal. Hahaha.
Tempat agak ekskusif jugak, nama je Resoran Senja tapi hiasan dalaman sangat menarik.
Majlis berbuka diadakan di tingkat atas, cukup untuk lebih kurang 50 tetamu yang akan hadir. Walaupun nampak macam sempit sikit, tapi oklah jugak, dapat kurangkan pergerakan tetamu-tetamu ke tempat mengambil makanan. Hahaha.
Ada banner diletakkan,
Majlis berbuka puasa bersama Akma, Akma FC & Jiwang United... Sempat jugak diorang sediakan banner yer... begitulah komitednya pihak penganjur. Hehehe..
Mula-mula bertemu dengan kakak Akma dan jugak adiknya Azhar. Yang lain memang takde lagi. Nampaknya kebanyakkan tersangkut dalam trafic jam. Tu lah saper suruh naik kereta, lain kali naik lrt tu, tak jauh pun dari situ.
Bertemu dengan Kak Sariyah dan keluarga beliau, orang kuat Akma FC ni. Beliau jugaklah yang bertungkus lumus menganjurkan majlis ini. Terima kasih Kak Sariyah sebab inform pasal majlis ni.
Lepas tu seorang demi seorang peminat Akma sampai.
Macam biasa jugak, muka-muka yang sama memeriahkan aktiviti Akma ni.
Bila pulak yang lain tu akan join ? Jangan malu jangan segan, lepas-lepas ni mari ramai-ramai datang ok ?
Khabarnya ada jugak press akan datang, satu perkembangan yang bagus.
Dalam banyak-banyak jemputan berbuka puasa, diorang masih sudi datang ke majlis Akma. Semoga kerjasama antara pihak Akma, Akma FC, JU dan wartawan akan dapat diteruskan. Dan nampak gak kelibat
SM datang. Hehehe.
Akma sampai pukul 6 lebih bersama ahli keluarganya yang lain. Bapa Akma tak dapat hadir sama pada majlis kali ini.
Tiba waktu berbuka puasa, masing-masing sibuk mengambil makanan.
Macam-macam juadah tersedia, walaupun tahu tak semua boleh makan banyak.
Janji dapat berbuka dalam majlis bersama-sama rakan FC dan jugak famili Akma.
Lepas makan, pegi solat maghrib. Pastu baru ada ucapan sikit dari pihak Akma.
Selain mengucapkan terima kasih pada semua yang hadir, terutamanya Akma FC dan Jiwang United, Akma juga mengingatkan bahawa pada tarikh yang sama 30 September tahun lepas adalah majlis gathering pertama antara Akma dan peminat.
Kebetulan sungguh. Akma juga mengucapkan terima kasih pada semua yang menyokong beliau dan memberi publisiti pada beliau.
Lepas tu, mestilah mintak Akma nyanyi satu dua lagu.
Zubir pulak mintak Akma nyanyi dangdut.. hehehe
Akma akhirnya memilih lagu Biarlah Rahsia... wow... macam tak percaya
Memang ballads adalah forte Akma, cara Akma menyanyikan lagu ni, lenggok suara beliau, suara yang mendayu-dayu memang sesuai dengan Akma. Dan Akma tidak terlalu meniru cara nyanyian Datin Siti. Good job Akma!
Selepas itu Akma menyampaikan lagu Selamat Hari Raya dan seterusnya untuk memenuhi permintaan Zubir, Akma menyampaikan lagu Dag Dig Dug. Ewahhh....
Tiba pulak aktiviti cabutan bertuah, tapi 6 orang yang terpilih diminta menyanyikan lagu-lagu yang Akma nyanyikan sepanjang di AF. Walaupun semua malu-malu tapi oklah sebab diorang sporting. Syabas!
Selepas sesi borak-borak dan sesi bergambar, dan Akma selesai ditemuramah oleh wartawan, akhirnya kitaorang pun beransur pulang. Lebih kurang jam 9 lebih.
Sempat borak-borak dengan Kak Charm, Aqil dan SM. Bercerita perkembangan AF, Maestro, Astro,Diana Naim dll. Bila pikir-pikir balik, kelakar pulak rasanya. Only you guys yang tahu kenapa. Hahaha.
It was really fun dapat jumpa dengan Akma dan keluarga, selain bertemu peminat-peminat Akma yang lain. Pada yang tak dapat datang, rugi la. Tapi jangan lupa kalau ada majlis beraya bersama Akma...luangkan masa untuk datang ok!
Terima kasih dan syabas pada Kak Sariyah kerana berjaya menganjurkan majlis ini.
Terima kasih pada Akma dan keluarga yang melayan kami semua dengan baik sekali.
Terima kasih pada semua yang hadir, lain kali kita jumpa lagi ok!

(gambar dari myspace Akma)
Jangan lupa lawati :
Laman web Akma -
www.akmafc.net Laman myspace Akma -
http://www.myspace.com/Akmakonnichiwa Laman Jiwang United -
www.yahoogroups.com/jiwangunited p/s : Pada saper-saper yang amik gambar masa majlis tu, share-share la yer...hehehe