houdini's point of view...
   

<< September 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Saturday, September 10, 2005
MI2 @ One Utama

Sessi Idols MI2 Bertemu Peminat di One Utama

Dah la aku sampai lambat, dekat pukul 3.30 baru sampai. lepas tu nak cari tempat tu aku tak tahu kat mana...
satu One Utama aku pusing tak jumpa, cari poster pun tak jumpa (apsal diorang tak letak poster ek ?)
Yang aku tahu tempat tu Wing, tengok kat direktori dia pun takde perkataan wing pun kat mana-mana..
Lepas tu aku try carik kaunter pertanyaan, nasib baik jumpa..

Untuk sessi ni, hanya Top 4 yang ada dan bukkannya semua Top 11.

Lepas tu sampai-sampai kat tempat tu, rupanya diorang kat situ untuk menjayakan promotion Toshiba jugak.
Masa aku sampai turn Faizull nyanyi. orang tak seramai yang aku jangka... tapi ramai la jugak.
Kat tingkat atas pun ramai yang tengok. Aku terpaksa cuba mencelah sikit-sikit supaya dapat ke depan.
Tapi tak dapat jugak, sebab aku tak selesa tolak-tolak orang semata-mata nak dok depan.
So aku dok la kat belakang, tapi bila ada ruang kosong aku pun cilok la sikit masuk.
Last-last dapat jugak aku kat 2-3 baris depan.

Pengacara hari tu, Marion (TV Quickie). Fuhhh memang cantik la Marion ni.
Berapa kali aku cuba amik gambar dia. Tapi sebab jauh tak dapat la gambar clear.
Sesekali aku takleh nak elak untuk tengok dia walaupun idol tgh nyanyi kat pentas.
Time aku tengok dia tu jugaklah dia terpandang aku. Alamak. Kantoi. Aku buat-buat pandang pentas balik.
Kamera aku kalau zoom memang gambar pecah. Hampeh. Aku tengok ramai jugakla yang amik gambar.
Saper-saper yang ada gambar tu hantar la kat aku.. aku nakkkkk.. Image hosted by Photobucket.com

Lepas tu Marion announce nama Nita. Orang bersorak. Tapi sorakan kuat, adakah Nita dapat undian sebanyak sorakan untuknya ?
Nita nyanyi lagu Berhenti Berharap. Aku rasa kali ni dia nyanyi lagi bagus dari masa Spectacular Jumaat tu.
Bergema kat situ bila Nita nyanyi. First time dengar suara Nita betul-betul all out.

Lepas tu aku ingat dah abih, rupanya diorang akan nyanyi lagi sekali.
Yeah!! So Marion panggil Daniel.Cam biasa ramai peminat dia bersorakan.
Yang aku nak tergelak tu, ada sorang uncle tua berdiri tepi aku, lambai-lambai kat Daniel.
Masa tu aku geleng-geleng kepala sambil menahan gelak. Hebat betul aura Daniel ni.

Time tu jugak la aku terperasan, yang dok ramai-ramai depan pentas bersorak semua adalah Chinese.
Berapa kerat je Malay termasuk aku. Yang lain sekadar tengok dari jauh atau dari tingkat atas.
Aku jadik segan pulak, nak amik gambar pun malu-malu.

Daniel cuba bercakap dalam BM. Dia suruh siapa-siapa yang tahu lagu Mungkin Nanti nyanyi sama.
Hehehe...bolehla. Keluarlah pelat dia tu.Dia pun start nyanyi lagu Mungkin Nanti.
Masa tu aku tengok kat tangan dia macam ada keychain.
Maybe keychain atau pen tak sure la aku. Sambil-sambil dia nyanyi dia baling benda tu kat penonton.
Diorang ni berebut-rebut macam orang rebut duit. alahai bertolak-tolak, bosan aku.Dengan aku aku sekali kena tolak.
Tak dapat la aku nak amik gamabr close up dia. Dia pun tak pergi ke sebelah kiri pentas di mana aku berdiri.
Asyik pegi kanan dengan tengah je.

Lepas tu, Marion panggil Farah pulak. AKu dah excited dah.
Farah pun sama cam Daniel, bawak benda cam keychain tu pastu baling kat penonton. Kena tolak lagi.Hampeh.
Lagu I'll Be There Farah nyanyi memang best. Tapi penonton hampeh. Tak sorak pun.
Sama macam kat Spectacular hari tu. Aku rasa, ramai orang tak tahu lagu tu, padahal lagu tu popular apa.
Aku minat sejak dengar Mariah Carey nyanyi dulu. Farah cam biasa memang lawa.
Best la dia nyanyi, tak paham aku apsal juri semua kata tak best dia nyanyi lagu tu.

Lepas tu, Faizull keluar lak. Dia kata kalau nak jumpa semua Top 11 kena pegi Carrefour Wangsa Maju malam ni.
Aku rasa tak dapat la pegi. Aku budget nak pegi tengok Vince kat Tower Records KLCC.
Faizull pun nyanyila lagu Srikandi Cintaku. Time tu aku tengok ada beberapa Chinese girls tutup telinga.
Eleh.. konon menyakitkan telinga la dengar suara Faizull. Ish.. kalau aku jadi Faizull dan aku nampak diorang buat camtu mesti aku terasa.
Mana-mana penyanyi pun kalau nampak orang tutup telinga mesti terasa.
Aku rasa diorang ni mengada-ngada. Lagipun aku yang dok betul-betul depan speaker besar tu tak tutup telinga pun.
Daniel yang suka kolom masa nyanyi tu larat pulak diorang dengar.

Lepas tu, Nita nyanyi Hand In My Pocket, biasa je dia nyanyi lagu ni.Memang lagu selamat pun masa Spectacular.
Masa ni aku tengok ada yang dah blah dari situ. Aku pun mengisi la kekosongan tempat berdiri diorang.Hehehe.
Lepas tu Marion announce lepas ni ada sessi autograph. Dan esok pulak ada Jaclyn Victor dengan Saiful kat situ.
Ish.. tak larat aku nak pegi esok. nak datang hari ni pun payah.

Sessi sain autograph pun bermula. Aku time tu pikir-pikir jugak. Ala.. dah berapa kali mintak autograph.
Poster tu aku dah dapat dah. Lepas tu orang semua bertolak-tolak nak pegi sebelah tepi pentas nak beratur.
Ish.. takyah la tolak-tolak. Orang ke kiri aku sajer je ke kanan. Hahaha. Melawan arus.

Ingatkan dok depan pentas tu dapat la amik gambar, tapi asyik kena block je Idols tu dengan badan peminat.
Last-last aku decide nak beratur jugak. Beratur punya beratur, aku nampak Marion kat tepi pentas.
Inilah masanya nak amik gambar. Orang sibuk dengan Idols aku sibuk nak amik gambar Marion. Hahaha.
AKu pun pergila dekat dia, masa tu dia tengah borak dengan krew kot.
Masa aku nak pegi dekat, dia dah nampak aku. Lepas tu aku pun panggil la dia nak amik gambar.
Dia posing khas untuk aku..chewahhhh. lepas tu aku salam dia...wahhh dapat salam Marion.
Aku cakap thanks kat dia, dia pun cakap "Thank you".
Lepas tu aku tengok ada 2-3 orang pulak sibuk nak amik gambar dia.Hahaha.
Kalau aku tak amik tadi takde diorang nak amik gambar Marion. Image hosted by Photobucket.com

Lepas tu aku masuk barisan balik. Dah dekat nak sampai ni. Aku tengok keliling. Tak ramai yang tinggal beratur ni.
Okla dapat la aku amik gambar close up Idols karang.
Tup-tup sekali krew 8TV tu kata dah.Close!
Masa tu aku rasa nak menyumpah je krew tu, yang beratur bukan beratus orang pun. Aku rasa ada dalam 15-20 orang je.
Kalau ramai mungkin la logik. Aku dah geram dah.Dah la tu, muka toyer je masa cakap tu. Cakap la baik-baik sikit.
Rasa nak baling je bateri kamera aku ni kat muka dia. Nasib baik bukan aku kat depan masa dia tutup tu.
Mamat 8TV ni memang dari awal aku sampai tadi dia perati aku.Mesti dia dah cam aku sebab aku selalu ada. Hahaha.
Kalau korang tengok gambar kat BP hari tu, mamat 2 orang atas kereta tu la krew ni.

Oleh kerana dah tutup, aku gerak kat tepi pentas nak amik gambar masa Idols turun pentas.
Yang aku perasan krew yang lebih-lebih. Idols nak bersalam dengan peminat pun diaorang sibuk suruh cepat.
Aku nak amik gambar pun tak sempat. Laju je diorang masuk kat belakang pentas tu.cisss!!
Misi kali ini tidak berjaya nampaknya. Image hosted by Photobucket.com

Lepas tu tunggu kat belakang tu. Sebab diorang akan keluar dari situ.
Orang lain pun tunggu kat situ gak. Ala bosannya. Susah la jadi jurugambar tak bertauliah ni. Hehehe.
Last-last tak dapat jugak gamabr diorang. Tapi takpela aku puas hati la jugak dapat gambar Marion. Hehehe.

*** Pegi Tower Records KLCC pukul 8 malam, rupa-rupanya sessi VInce tu pukul 3.00 petang.Dah lepas. Cheh. Silap time.
Next week kat situ 2.30 petang Rossa pulak.


 

Posted at 08:46 pm by houdini
Comment (0)  

Next Page