houdini's point of view...
   

<< September 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Sunday, September 04, 2005
MI2 @ Carrefour Subang Jaya


Masa : 9.00 PM
Tempat : Carrefour Subang Jaya
Aktiviti : Bertemu semua 11 finalist MI2


Masa sampai kat Carrefour ni, member aku cakap tak tahu kat mana tempat diorang nak buat show tu. Tak nampak pentas kat mana-mana dalam Carrefour tu. So kitaorang pegila naik sampai atas. Pastu aku baca poster tu ada tulis kat foodcourt. Dalam otak aku terpikir, diorang ni giler ke buat kat foodcourt? Mana muat , orang sure ramai. Pastu aku dengan member nak masukla foodcourt tu, tengok takde apa pun.Orang makan ramai ler. Pastu ada sorang krew kot, pakai baju merah, tanya "Are you here for Malaysian Idol ?"Member aku boleh kata "No". Hahaha.. Nasib baik aku cepat cakap balik, "Yes".Pastu minah tu kata dah tukar tempat kat bawah. Aku tak dengar sangat dia cakap apa.Bila member aku tanya, aku cakap tak sure, dia kata dia dengar macam Starbuck, aku pulak kata aku dengar dia sebut "jalan setapak".Hahaha.


Image hosted by Photobucket.com

Pastu sampai kat Staburck tu tak nampak lagi. Rupanya kat tepi kiri. Oklah luas sikit.
Tapi time tu orang dah ramai kerumun depan pentas. Alaaaa... lambat lagi aku.
Masa tu, Idols semua tak sampai lagi. MC tu pun cubalah cover kelewatan diorang dengan tanya soalan dan bagi hadiah. Hahaha... dapat jugak aku hadiah CD single Saiful nyanyi lagu Hadirlah Kasih tu...
Pastu aku dah peluh dah. Panas le ramai-ramai kat situ. Lambat betul diorang ni.
Peminat semua dah bersorak dah. Rasanya lebih setengah jam jugak la baru la nampak Idols semua kat dalam A&W belakang kitaorang.Peminat semua pegi kat luar cermin A&W tu amik gambar. Aku malas sebab aku tahu, kalau amik kat cermin mesti pantul balik cahaya tu nanti.Buang masa jer.

Image hosted by Photobucket.com
Pastu diorang pun keluar naik atas pentas.

Masa ni orang dah makin ramai. Aku dah berpeluh-peluh dah. Panas giler walaupun malam.
Pastu Idols semua kenalkan diri sorang-sorang. Bagi salam, cakap Hai, ucap terima kasih sebab datang.
Tetiba rasa macam AF pulak, kenal diri sorang-sorang. Hahaha. Peminat dah bersorak dah.
Time Faizull, Nita, Farah & of course Daniel semua pemiant menjerit sakan.
Especially time Daniel, fuhhhh.. ramai yang bersorak. rasanya susah Daniel nak tersingkir dari MI2 kalau cam tu ramai peminat dia.
Dari bebudak kecik, remaja pompuan, pakcik, makcik.... semua minat Daniel.
Pastu diorang dok kat meja nak sain autograph.

MC tu announce Saiful nak nyanyi. Saiful pun naik pentas. Cam biasa nyanyi single baru dia.
Best gak lagu tu. tajuknya "Ku Jua Menyintaimu".
Pastu Farah, Daniel, Adam, Xerra dan Faizull nyanyi lagu masing-masing dalam album MI2 tu.
Time Daniel nyanyi peminat dia terjerit-jerit macam histeria. Hebat sungguh aura Daniel ni sampai dia nyanyi camtu pun diorang excited.
Satu lagi yang peliknya, si Faizull ni sebelum nyanyi dia mintak kurangkan volume muzik. Apsal lak ?
Dah la suara dia kuat, tenggelam la muzik tu nanti. Ke taktik dia nak serlahkan suara dia ?
Memang lepas tu dia nyanyi orang semua sorak bila part tinggi-tinggi tu.

Lepas habis persembahan, diorang start sessi sain autograph.
Orang bersesak-sesak nak mintak sain autograph dan macam biasa MC promote cd 7 kaset MI2 tu.
Siapa yang beli album tu akan diberi keutamaan.
Huh... aku dah beli hari tu kat KLCC takkan nak beli lagi.
Nasib baik aku bawak CD tu, so aku suruh member aku mintak sain autograph dan aku jadik tukang amik gambar.
Plan baik punya, memandangkan kertas CD tu Idols dah sain masa kat KLCC, aku suruh member aku mintak diorang sain kat bahagian lirik pulak. Hahaha.
Cover line. Lepas ni kalau ada lagi sessi tak tahu nak suruh sain kat mana dah. Atas kotak CD pulak kot.
Lepas tu, member aku suruh keluarkan CD Saiful yang aku menang tadi, cover lagik.
Sebab tukang jaga line tu macam nak bagi sorang je masuk. Karut arrr.

So kitaorang teruskan dengan plan kitaorang.
Aku mintak la autograph Saiful, kesian dia, macam orang tak peduli pulak. Nasib baik aku ada CD Saiful free tadi. Hehehe.
Image hosted by Photobucket.com
Lepas tu aku jalankan tugas amik gambar sorang-sorang sambil member aku mintak autograph diorang.
Yang Idols ni sorang-sorang buat muka pelik la, apsal aku tak mintak autograph. Hahaha.
Aku tunjuk CD ada kat member aku, diorang sengih jer.
Kat Adam aku bagitau, hari ni aku jadi tukang amik gambar jer. Hahaha.
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com
Dari sorang ke sorang Idol aku mintak posing untuk gambar close up.
Dapat le gambar diorang semua. Tapi member aku ni, sibuk nak bergambar dengan Nita sampai aku lupa nak amik gambar Nita sorang.
Farah pun sama, lepas member aku bergambar dengan dia, aku lak nak brgambar dengan Farah, lepas tu tak dapat nak amik gambar Farah sorang.
Tiba kat Ejay, dia kata "You're the first person to ask us to sign on the lyrics side". Hahaha.
Aku pun tunjuk la kat belakang kertas sambil cakap " dah sain dah hari tu".
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com
(terpaksa potong gambar aku kat sebelah.. takut dikenali.. hahaha)
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com
Dah dapat semua gambar, aku dengan member aku tak tunggu pun. Rasanya tunggu pun tak guna.
Bukan dapat amik gambar close-up pun. Orang ramai sangat. Aku pun dah tak larat.
So kitaorang pun bergerak meniggalkan Idols semua melayan peminat-peminat fanatik diorang.


 

Posted at 04:30 pm by houdini
Comment (0)  

Next Page