houdini's point of view...
|
 |
Saturday, September 03, 2005
Time : 2.00 PM - 4.00 PM
Place : BP Jalan Maarof, Bangsar
Activity : Meet The Top5 of MI2
Sessi Bertemu Peminat di BP Jalan Maarof, Bangsar - 2.00 PM - 4.00 PM
Aku
mula-mula terfikir, nak pegi yang malam je kat Carrefour Subang Jaya,
sebab macam jauh je BP ni...Aku mana ada transport, so aku naik Putra
turun kat Stesen Bangsar, lepas tu ingat nak naik feeder bus,pastu
entah apa aku fikir tahu-tahu aku dah berjalan kat sepanjang Jalan
Maarof tu... hahaha Ingatkan BP tu dekat. Stesen minyak Petronas,
Esso, Shell semua aku dah jumpa... BP je tak jumpa-jumpa..Aku hampir
nak patah balik dah, pastu aku relaks jap.. pegi Burger King jap..
sejukkan badan..Pastu aku jalan sikit... rupanya depan tu je BP.....
nasib baik aku tak give up lagik.. hehehe Mula-mula
ternampak Paul Moss pegi kat kereta dia dengan seorang perempuan. Tak
sure siapa. Wife dia kot ? Aku time tu terkedu kejap. Kelam kabut nak
amik kamera dalam beg. Ingatkan sekurang-kurangnya dapatla nombor plat. Hahaha. Tapi tak sempat. Dia dah blah. Ingatkan kejap lagi dia ada sekali, rupanya takde masa sessi kat BP tu. Dia dok kat Bangsar ke ?
Tak terfikir pulak aku apa Finalists MI2 buat kat BP ni.. ingatkan show
macam biasa, rupa-rupanya diorang kena isi minyak & cuci cermin
kereta. Jadi pekerja BP la kira-kiranya. Cute pulak tengok kesemua Top5 MI2 ni bertopi dan pakai apron BP. Aku mula-mula terkejar-kejar jugak sebab nak amik gambar diorang buat kerja. Takut
tempoh diorang bekerja tu sekejap, lepas tu tengok diorang relaks je.
Kereta pun tak la banyak yg isi minyak. Kalau aku tahu, aku suruh semua
orang isi minyak hari ni kat BP Bangsar. Buli diorang sikit. hehehe

 Aku rasa yang paling rajin Ash la, berpeluh-peluh dia cuci cermin kereta. Serius je, berdedikasi sungguh...hahaha. Sorang lagi, aku tengok Daniel, macam sesuai je kerja kat stesen minyak ni. Hehehe. Yang tiga lagi tu, rajin jugak kerja, tapi diorang sambil kerja boleh posing lagi bila ada kamera nak amik gambar. Hahaha.

 Aku terdengar Farah cakap "Dah lama tak bawak kereta, and dah lama jugak tak isi minyak". Pastu diorang ni pandai, borak-borak dengan customer, dengan siapa saje la yang dekat. Sambil diorang ni buat kerja pam attendan BP, kat pentas ada seorang badut tengah menghiburkan bebudak dari rumah kebajikan. Kekadang aku tengok la jugak sekejap, lawak jugak bila tengok bebudak kecik jawab soalan-soalan badut tu. ada satu game tu, badut tu suruh bagi perkataan berlawan. Contoh I'm the fastest -> I'm the slowest sekali badut tu cakap "I drink", bebudak tu jawab "I Never Drink" ... hahaha... aku tergelak besar time tu..
Aku amik gambar sikit-sikit je sebab krew bagitau lepas ni ada sessi autograph. Nak amik time tu best sikit. Pastu diorang ni, sambil-sambil buat kerja tu, ada jugak peminat-peminat mintak autograph. Pastu krew TV & krew MI ada jugak interview diorang sambil-sambil tu. Entah apa diorang cakap aku tak tahu, kena tengok kat TV la nanti. Tengokla kot-kot nampak aku.Hahaha. Pastu
diorang bagi la kad macam kipas berbentuk logo BP tu kat peminat untuk
mintak autograph kat Finalist MI2 ni.(Gambar menda tu kat bawah).
 Aku tak amik sebab aku tengok macam menyusahkan aku nak pegang je. Dah le tangan aku sibuk nak pegang kamera, Karang amik sebelah tangan menggigil lagi tangan aku. Kena gelak dengan bebudak tu je. Pastu
sempat la borak dengan Farah, aku tanya "Camna kerja kat BP ? ", dia
kata "Panas, tapi okla, lagipun isi minyak je..." tak sempat dia cakap
panjang, ada 2-3 orang peminat mintak dia sain autograph. Huhuhu... aku
pun membawa diri ke Nita pulak.
Lepas tu shif diorang habis.
Diorang dibawa masuk kat dalam Kedai BP. Sambil tunggu diorang tu aku
tengok-tengok le apa yang ada, miniatuere golf pun disediakan. Tapi
tak berani la aku nak main. Aku bukan reti sangat. Ada promosi jugak.
Dutch Lady Iced Latte. Aku try ok jugak. Korang try la. Pastu ada 2
krew 8TV, aku tak ingat nama diorang (gambar bawah ni). Dok atas kereta
8TV, sambil bagi kuiz kepada orang ramai. Banyak le hadiah diorang nak
bagi. Aku nak tengok pastu tengok Idols dah keluar dok kat meja bersedia nak sain autograph, aku pegi le kat depan diorang.


Mula-mula
susah nak amik gambar, sebab orang sibuk mintak autograph. Oleh kerana
susah sangat, aku amik le kad kipas BP tu jugak. Pastu aku beratur
cam orang lain. Hahaha. Taktik nak amik gambar.Sambil diorang sain
autograph mintak le satu posing dari diorang. Farah tulis nama aku
kat kad tu.. hihihi seronok lak. Sesambil tu aku puji la persembahan
dia malam tadi. Sambil buat muka cun dan cute dia, dia kata "Thank You" Ash pulak memanjang je muka penat. Hari tu kat KLCC pun camtu. Somebody kena bagitau Ash ni supaya kontrol muka masam tu. Penat camna sekalipun, kena senyum walaupun tak ikhlas. Hahaha.Orang lain pun penat apa.. tapi ceria jer. Pastu
Nita, aku puji la persembahan dia, dia gelak sambil kata "I malu..".
Apa nak malu Nita, memang bagus pun persembahan Nita untuk lagu Big
Spender tu. Daniel pulak, aku tak tahu nak cakap apa, dia pun cam
biasa cool je. Nak je aku cakap kat dia yang dia ada ramai peminat.
Betul-betul ramai. Tapi aku terdiam. Last-last aku senyum dan mintak dia posing je. Faizull over ceria pulak hari ni, pelik aku. Hari tu kat KLCC cam takde mood. Sambil dia sain tu, aku tanya la kat Carrefour malam nanti semua ada ke Top5 je. Dia kata semua ada. Ala... kena pegi jugak malam sebab nak amik gambar finalists lain.






Pastu
aku lepak-lepak relaks-relaks sambil tengok gelagat orang. Lepas habis
sesi sain autograph, diorang akan nyanyi sorang-sorang. Aku lambat
sikit ke depan pentas, sekali lagi dok belakang orang. Payah nak amik
gambar. Dah la kamera aku keupayaan terhad. Yelah kamera murah. Orang lain kamera besar-besar.Tak terlawan aku. Tapi aku amik sedaya upaya. Bermula
dengan Faizull nyanyi I Feel Good, Farah - Aint' No Mountain High,
Daniel - Angin Malam, Nita - Big Spender (chewah taknak menari konon,
orang paksa jugak menari) Lepas tu MC tu announce semua Idols
dipanggil naik ke pentas. Terkedu la kejap, otak aku berkata-kata, "Ash
tak nyanyi lagi la MC oiiii". Dah naik pentas, Ash amik mikrofon
pastu kata dia sakit tekak. Cheh... bukannya suruh nyanyi banyak
pun.... 1 minit 50 saat je lagu tu. Anyway. lepas tu Idols bagi cek besar sumbangan derma BP kepada Rumah Amal Hashimiah, pastu Rumah Keluarga Kami. RM5,000. Baguslah, dalam seronok-seronok tu menyumbang pada mereka yang memerlukan.

 Lepas tu abih, MC bagitau ada minum petang. Wahhhh tak pernah aku pegi sessi bertemu peminat artis ni ada minum petang. Tapi
aku tak minum atau makan kuih-muih tu pun. Selain segan, time tu aku
rasa tekak aku meronta-ronta nak air COKE sebab panas sangat. Hahaha. Time tu la aku nampak satu peristiwa yang pada aku spontaneous dan ikhlas. Farah nampak anak-anak dari rumah kebajikan tu bawak air minum. Pastu dia dok sama diorang, layan diorang minum. Tolong dudukkan diorang atas kerusi, tolong tiupkan air teh diorang yang panas tu. (gambar kat bawah) Farah pun cam taknak aku amik gambar time tu. Takut orang salah anggap kot. Tapi aku amik jugak. Tersentuh aku tengok. Aku sendiri tak pernah buat camtu. Pastu aku perati Idols yang lain, hmmm... sibuk berborak dengan manager, krew dan entah siapa lagi la. Takde la diorang nak pegi dekat bebudak ni, layan bebudak ni. Lepas ni tolong la prihatin sikit ye Idols. Bukan setakat bagi cek besar tu dah abis tanggungjawawab.


Lepas tu satu ketika tu aku tengok si Faizull ni cakap kuat-kuat kat depan bebudak 3-4 orang. Aku pergi la dengar, rupa-rupanya bagi nasihat, suruh belajar rajin-rajin, sampai berjaya. lebih kurang camtu la aku dengar. Wah.. dah pandai bagi motivasi pulak ke Faizull ?
 Lepas tu sessi pun abis.Aku tengok jam dah pukul 4 lebih dah. Diorang pun naik kereta MI, pastu blah dari tempat kejadian. Hehehe. Kena balik cepat, nak pergi Carrefour pulak malam nanti.

for more pictures go to http://houdini.fotopages.com
Posted at 08:30 pm by houdini
Permalink
|