One In A Million - Wildcard
One In A Million
WILDCARD
9.30 PM
7 Julai 2006
Pada minggu ini, 10 peserta yang tidak terpiilih sebagai Top 10 pada
minggu lepas membuat persembahan untuk merebut peluang 2 tempat sebagai
finalist One In A Millon.
Seorang peserta akan dipilih melalui undian SMS tertinggi
Seorang lagi akan dipilih oleh juri Paul Moss & Syafinaz.
Melihatkan persembahan diorang ni, memang semuanya mempunyai bakat yang sangat hebat.
Masing-masing cuba menonjolkan kehebatan vokal masing-masing dalam cara tersendiri.
Antara yang diingati adalah persembahan dari Suki, Ching, Sairah, Erna dan Zai.
Suki nyanyi lagu I'm With You (Avril Lavigne). Rasanya cam tak best sangat. Tak power.
Ching nyanyi dengan gitarnya kali ni.. tapi tak main sangat. Baik tak payah.
Patut dia bawak lagu yang lebih relaks la.
Sairah pulak nyanyi lagu Bertakhta Di Hati. Ermmm..Akma nyanyi lagi feel..bertenaga.
Erna nyanyi lagu yang bawak tuah kat dia masa Sinaran Passport Kegemilangan dulu iaitu lagu Aku Tak Biasa.
Malam tu memang malam Zai sebab dia berjaya menyampaikan lagu Fallin' (Alicia Keys) dengan baik sekali.
Bila Awal & Marion announce bahawa peserta yang terpilih melalui
undian SMS adalah Suki..tak la memeranjatkan sangat. Ramai penyokong
Suki ni. Mungkinkah Suki menjadi juara One In A Million dengan suaranya
yang biasa-biasa tu ?
Juri amik masa yang lama nak pilih seorang peserta untuk melengkapkan 12 finalist.
Siap argue lagi tu. Ada ke patut. Jelas nyata diorang patut pilih Zai. Boleh lagi nak argue tu.
Tapi in the end Zai terpilih jugak. YAHOO!!!!!!
Barulah ada persaingan sengit nanti.
Can't wait to see the final 12 perform!

Suki dan Zai terpilih.


Sairah dan Erna tidak terpilih.

Posted at 11:59 pm by houdini