houdini's point of view...
   

<< June 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Friday, June 09, 2006
One In A Million - Top 20 Girls

One In A Million
Girls Elimination (Top 20)


Pengacara OIAM : Awal & Marion

Minggu ni adalah pemilihan Top 20 untuk peserta wanita.
Peserta-peserta ini dipecahkan kepada 5 kumpulan.
Hanya 4 orang akan dipilih dari setiap kumpulan.
Pembahagian kumpulan ni berdasarkan apa tak tahu la aku.
Tapi mengikut pemerhatian aku, diorang ni dipecahkan ikut genre muzik yang dibawa.
Kalau rock, semua rock. Kalau r&b semua r&b.

Diorang diberi 4 pilihan lagu untuk dinyanyikan.
Antara lagu tersebut adalah

Awan Yang Terpilu - Ning Baizura (AYT)
Breakaway - Kelly Clarkson (BW)
Teman Tapi Mesra - Ratu (TTM)
Complicated - Avril Lavigne (CC)

Aubrey Suwito membantu diorang masa piano session.
Lepas tu diorang ada satu malam je untuk berlatih lagu-lagu tu.

Sebelum bermula, Paul & Syafinaz bagi pesanan.
Bagitau bahawa ni satu-satunya peluang bagi diorang. Diorang perlu bersungguh-sungguh dan perlu jadik outstanding.

Cam biasa, ada yang lupa lirik, ada yang gabra, ada yang terkucil.
Ada yang pandai cover, ada yang langsung tak cover. Hahaha.

Dalam group pertama, antara yang ada adalah Atilia MI2 (CC)
Group kedua lak, dimulakan dengan Nurfatimah (AYT), memang bagus nyanyian dia.


Nurfatimah menyanyikan Awan Yang Terpilu

Dah tak baca berita dah ke Nurfatimah ? Hehehe..
Selain tu, ada Ayu yang disebut-sebut oleh ramai sebagai bakat yang sangat hebat oleh penonton rancangan ni.
Ada jugak Farah MI2 (BW). Best la Farah nyanyi lagu ni. Power!!!


Farah Asyikin menyanyikan lagu Breakaway

Ada gak, Erna (AYT), pemenang tempat kedua Sinaran dulu. Tak ingat tahun berapa.
Dah besar dah budak ni, dulu masa menang Sinaran umur 12 tahun kot.


Erna menyanyikan Awan Yang Terpilu

Group 3, tentunya ada Siti Saerah (AYT) dan juga Dayang Nurfaizah (AYT of course....woohooooo).
Takla hebat mana suara Siti Saerah ni. Tapi memang berbeza dengan sikit dengan suara Siti Nurhaliza.


Siti Saerah menyanyikan Awan Yang Terpilu

Dayang nyanyi AYT memang best, dan dia satu-satunya peserta yang berani improvise lagu AYT tu.
Dayang tahu kemampuan Dayang.


Dayang Nurfaizah menyanyikan Awan Yang Terpilu







Group 4 menurut kata Paul Moss adalah group yang palih tough sebab semua bagus.
Memang pun. Bila sorang-sorang nyanyi aku terpegun jap. Semua bagus.
Rugila tak semua akan terpilih. Semua best......
Antara yang ada adalah, pemenang rancangan Girl Are You Ready ? kat NTV7 dulu kalau tak silap aku.
Tak ingat aku nama dia. Kalau betul la. Rasa cam muka dia.

Group 5, pun power gak. Semua ada suara yang unik. Cara nyanyian mungkin ada persamaan dengan penyanyi sedia ada
Tapi oklah diorang ni. Paul & Syafinaz pun kata susah nak buat pilihan.

Ada tunjuk sikit klip masa Paul & Syafinaz nak buat pilihan.
Macam susah je nak pilih.



Keputusan dibagitau ikut kumpulan.
Diorang diletakkan dalam satu bilik.
Lepas tu Awal @ Marion akan bagitau semua keputusan muktamad.
Dan lepas tu reveal kertas yang tertulis nombor peserta yang terpilih kat cermin.

Antara yang terpilih pastinya Dayang Nurfaizah, Farah MI2, Siti Saerah, Yanis, Nurfatimah, Erna.
Ayu yang merupakan peserta favourite ramai orang nampaknya tak terpilih.


Minggu depan, pemilihan Top 20 bagi peserta lelaki pulak.






Posted at 01:15 am by houdini
 

Next Page