Konsert AF4 Minggu 1 Sabtu, 3 Jun 2006
Nampaknya macam hambar je konsert pertama ni. Tak macam konsert pertama
AF1, AF2 atau AF3.Takde rasa macam tertunggu-tunggu sangat.
Konsert dimulakan dengan skrin hitam putih, Aznil keluar nyanyi lagu lama.
Sambil pakai tarbus.
Pengkritik tetap : Adlin Aman Ramli
Pengkritik jemputan : Wan Chik Daud & Ahmad Fauzee
Kedudukan sebelum konsert 1. Faizal 12%
2. Amirul 12%
3. Salima 11%
4. Rich 9%
5. Diddy 9%
6. Lotter 7%
7. Nora 7%
8. Velvet 7%
9. Haziq 7%
10. Zila 6%
11. Farhan 6%
12. Karen 6%
Persembahan Pelajar 1. Rich - Ai Ai Twist
Masa tengok diari lagi aku dah perasan part "ai ai ai" tu Rich nyanyi
sendiri. Sepatutnya part tu penyanyi latar yang nyanyi baru best.
Bila Rich nyanyi sorang je seluruh lagu tu, bunyi cam kosong je lagu tu.
No wonder la Rich jatuh ke tangga ke bawah-bawah lepas undian ditutup.
Masa music bridge tu patut dia menari beria-ia sikit. Koman-koman
patutnya ada twist. Tajuk lagu pun Ai AI Twist tapi takde twist pun.
Vokal Rich bermula perlahan, cam tak yakin je. Part tarik bunyi cam
rock sikit.
Sebutan lak pelat omputih sangat. Rich pelajar pertama salah lirik. Main bantai je sebut.
2. Zila - Jangan Tinggal Daku Sebelum mula, ada sedutan Zila nangis depan Ramli Sarip citer pasal mak abah dia cerai hujung tahun lepas.
Sekarang dia dok dengan mak dia. Aznil pakai spek itam, pastu konon2 main saksofon cam Kassim Selamat.
Zila masa nyanyi cam takut-takut. Pastu sebab dia baru lepas nangis, so
vokal dia ada sedikit off. Tapi kawalan masih baik. Not rendah Zila
sedap didengar. Masa dah nak abih tu Zila cam lari tempo sikit tapi
dapat cover.
Pastu masa dah abih....pose, fuhhhh...
Dah abih tu, ada lak tunjuk Zed Zaidi dengar radio pasang lagu Zila nyanyi sambil cam orang angau.
3. Nora - Perwira
Persembahan Nora akan lebih menarik kalau ada mic stand kat
tengahtengah pentas tu isntead of penari-penari dan pelakon yang
menyemak tu.
Mengganggu persembahan Nora.
Vokal Nora lemah kat not rendah, not tinggi lak cam tak terkawal, nasib baik tak terkucil sangat.
Vibrato dia lemah. Lagu ni patut bunyi cam merintih dan dalam masa yang
sama bagi pesanan kat perwira dia.Vokal Nora tak sesuai sebab suara
Nora tak cukup lembut.
4. Haziq - Tidurlah Permaisuri Persembahan Haziq cam tak feel je. Macam suka-suka buat persembahan.
Tangan Haziq masih lagi menggeletar gilerrr. Jelas sangat. Patung tu memang mengganggu persembahan Haziq.
Tak sepatutnya ada. Haziq pun tak tahu camna nak nyanyi kat patung kot.
Pastu Haziq ni suka pandang-pandang kat kamera atau penonton sambil
senyum-senyum.Pastu dia tunduk bawah, pastu dia pandang balik. Senyum
balik. Cam streotype je cara eyes contact dia..
Nyanyian Haziq
berterabur sikit. Masa nak masuk di awal lagu tu cam lambat. Tak
bersedia kot.Tapi masih ok, lenggok suara dia best la gak.
5. Farhan - Hujan Di Tengahhari Kabaret Buluh Perindu bak kata Aznil.
Tapi takde pun penari atau pemain muzik berlakon mengiringi persembahan
Farhan.Cara Farhan berdiri menarik sebab dia bukan setakat berdiri
tegak, dia bengkokkan kaki dia sikit.Tangan dia asyik-asyik ke atas ke
bawah je.
Sekali dua ok lagik. Banyak kali jadik boring lak tengok. Annoying.
Vokal Farhan sangat terkawal. Farhan tahu bila nak lembutkan suara dan
bila nak betul-betul lontarkan suara. Not rendah Farhan agak baik.
6. Amirul - Dengar Ini Cerita
Terlalu ramai atas pentas. Dan pelakon-pelakon tu cam mengganggu
persembahan Amirul.Amirul lak patutnya bercerita kat diorang, tapi dia
dok sibuk terkinja-kinja ke kiri kanan.Amirul tak pandai tarik
perhatian penonton. Dia lebih fokus pada pelakon atas pentas dari
bercerita kat penonton.
Vokal sangat teruk, memandangkan lagu tu
lagu senang. Semput sangat dia. Sebutan jadik berterabur.Masa dah nak
abih cam dah tak dengar dia sebut apa.
Not rendah dia tersangatlah lemah.
7. Salima - Apa Guna Berjanji Salima memulakan persembahan kat atas tangga tu. Dia mula nyanyi sambil jeling kat Lotter sebagai pelakon undangan.
Gelek Salima sesuai dengan lagu tapi masih tak cukup. Kurang umpph.
Salima tahu bila nak berinteraksi dengan penonton.
Vokal Salima pada awalnya ok, tapi dah lama sikit cam semput. Ada
pitching sana sini.Pastu nyanyian dia ada cam bunyi lagu nasyid. Tone
suara Salima cam kasar sikit, tak cukup lembut.
8. Lotter - Azizah Memang menjadi la lawak Lotter hari tu. Tapi nyanyian tak seberapa la.
Lotter beruntung sebab ada pelakon cam Fasha bantu persembahan dia.
Kalau takde Fasha, camna dia nak buat muka-muka lawak tu. Mata juling bagai.
Tapi buat banyak kali mata juling tu jadik boring lak tengok.
Nyanyian Lotter cam dibuat-buat.Takde originality. Pastu sengau
sikit.Ada ketika dia sibuk melayan Azizah tu sampai tak nyanyi,
orang lak sibuk sorak. Dah hunjung-hujung lagu cam semput sikit.
9. Karen - Pesta Muda Mudi Kejap sangat la lagu ni. Tak sempat aku nak carik kesalahan. Hahaha.
Karen cam kontrol lagik masa menari. Kurang ummpph.
Skirt pendek tu je penarik kot.
Nyanyian Karen lak ada semput sikit. Sebab dia ada asma kot. Sebutan pelat lagik.
Tapi persembahan dia telah diselamatkan oleh bebudak lain tolong menari ramai-ramai.
10. Diddy - Aduh Sayang Pergerakan atas pentas nampak cam selesa. Takde la kontrol ke apa.
Diddy pandai guna ruang pentas. Tak limitkan diri untuk berada di satu
sudut pentas je.Yang bestnya nyanyian untuk lagu ni, ada penyanyi
latar. Memang lagu camni perlu ada penyanyi latar.
Bagi ummphh sikit lagu tu. Lagu tu takdela bunyi kosong sangat.
Vokal Diddy sangat bagus, Kawalan suara bagus pada not rendah dan tinggi.
Diddy menyanyikan lagu ni dengan cara tersendiri. Cuma sebutan dia kat part "sayang" tu cam sengau sikit.
Dan bunyik cam dia sebut "shayang" jer. Hahaha...
Not last tu cam tak kena jer.
11. Velvet - Darah Muda
Persembahan macam Salima, mula dengan nyanyian slow, pastu muzik rancak
masuk.Kalau Velvet menari lebih sikit lagi mest lagi best.Asyik buat
pose yang sama je, sengetkan badan.Diddy cuba bantu dengan cuba menari
cam Zahid masa Linda nyanyi lagu Syurga Idaman dulu tapi tak menjadi.
Tone suara Velvet sangat sharp. Dengar jela masa dia bercakap.
Tapi nyanyian Velvet lebih baik dari pelajar lain. Velvet pandai
improvise. Not tinggi Velvet sangat bagus tapi kalau lebih-lebih sikit
macam jerit sangat pulak.
Not rendah lemah sikit.
12. Faizal - Ingin Tahu Memulakan persembahan dengan tarian kayu. Hahaha.
Tak tahula memang koreogfari macam tu, atau dia memang natural macam tu
Tak reti menari atau buat-buat tak reti ??
Bila Zila datang menari dia buat derk jer. Bila orang sorak,
sengih-sengih macam orang lupa diri.Zila menari tepi dia pun dia buat
derk. Seronok sangat dengar orang sorak kot.Vokal dia biasa-biasa je.
Lagu ni tak susah sangat. Ada part tu aku rasa cam salah melodi
jer.Apsal la cikgu-cikgu tak tegur. Tapi kawalan vokal dia tergangggu
sikit la bila dia dok sibuk sengih kat penonton tu.
Tapi overall masih ok.
Menuju Puncak
Berterabur sangat. Semua cam tak bersemangat dan terlalu berhati-hati
nak bergerak.Macam orang malas pun ada. Faizal paling jelas tak buat
dengan bersungguh.
Keputusan
Akhirnya Nora yang terkeluar.
Adakah sejarah berulang ?
Pelajar yang berada di tengah-tengah carta masa mula konsert akan terkeluar ?
Kedudukan selepas undian di tutup 1. Faizal 11%
2. Lotter 10%
3. Amirul 10%
4. Salima 10%
5. Farhan 9%
6. Karen 9%
7. Haziq 8%
8. Diddy 8%
9. Rich 7%
10. Zila 7%
11. Velvet 6%
12. Nora 5%