AI & AQ..... jurang perbezaan yang besar..
Semalam tengok American Idol result. Nasib baik jugak la si Taylor
Hicks tu yang menang dan bukannya Katherine McPhee. Katherine tu masa
mula-mula dulu ok nyanyian dia tapi lepas-lepas tu macam tak kena jer.
So Taylor deserved to win.
Semalam jugak aku tengok Akademi Al-Quran. Ini minggu pertama dimana 12
peserta yang terpilih masuk akan dinilai sorang-sorang dan peserta yang
mendapat markah terendah akan disingkir. Seperti biasa sepatutnya 8.30
start tapi mungkin ada masalah teknikal jadi diorang dok pasang video
klip. Aku rasa bengang la... takkan tak ready. Bukan diorang tak pernah
buat live program. Masa lancarkan TV9 pun buat live apa. Tapi yang buat
aku musykil dan pening tu adalah, setiap minggu bukan semua peserta
akan menyampaikan bacaan. Sebaliknya mereka dipecahkan kepada 3
kumpulan (4 orang satu kumpulan) dan setiap minggu hanya satu kumpulan
sahaja yang akan mempersembahkan bacaan. Abih tu kumpulan lagi 2 tu
kira dah selamat la ? takkan terkeluar ? Adil ke buat macam tu ?
Pengacara semalam seperti biasa adalah Farah Adeeba dan ditemani
pengacara baru Nazrey dari Kumpulan Raihan. Nazrey rasanya memang tak
boleh mengacara. Entah apa yang cuba disampaikan pun aku tak tahu.
Memang selalu Nazrey ni kalau bercakap macam orang takde idea.. masa
persembahan dengan Raihan kalau dia yang bercakap memang entah apa-apa.
Nazrey kena belajar untuk mendengar percakapan orang sebelum memotong
cakap orang tu. Farah Adeebah cam biasa cute.
Juri ada 3
orang. Salah sorang adalah bekas Juara Qari Tilawah Peringkat
Kebangsaan tu. Ustaz dari Perak tu. Anyway, masa penjurian, juri-juri
ni cubab agi komen yang lawak / yang tak terlalu berat.. tapi cam bosan
pulak. Aku rasa aku sempat tengok 2 peserta je semalam, lepas tu TV9
buat hal lagik. Pasang video klip banyak-banyak pastu tulis kat bawah
tu, AQ akan disiarkan sebentar lagi..bla..bla.... last-last aku tukar
channel.
Aku rasa 10 kali aku tuakr balik ke TV9 masih lagi pasang video klip lagu-lagu nasyid tu...
last sekali aku tukar, tahu-tahu dah diumumkan pulak saper yang tersingkir. MALIK tersingkir. Kesian dia.

Pastu dah abih tu, si Nazrey ni dok ajak orang nyanyi lagu tema AQ. Ada
jugak lagu tema rupanya. Tapi lirik bukan dalam Bahasa Melayu la.
Ermmm.. karang aku komplen karang. Apalah salahnya buat lirik dalam BM.
Aku tensen sangat tengok AQ ni, dah masuk minggu kelima tapi
cam takde hala tuju je. Jadik program syok sendiri. Patutnya war-warkan
beria-ia la sikit suruh datang beramai2 ke sana ke, iklan selalu ke.
Dah la takde diari harian. kata nak buat cam AF. TV9 patut tahu orang
suka tengok AF adalah kerana ada diari harian, diorang boleh tengok
peserta kat dalam tu buat apa, pastu bila time kelas boleh sama-sama
belajar sekali kat umah. Pastu AQ ni takde undian SMS. Bila takde
undian SMS, takde hubungan antara penonton dengan peserta2 tu semua.
Penonton macam diabaikan je. Macam penonton tak penting je. Sebab tu la
setakat ni aku rasa ramai orang masih tak tengok AQ ni dan ramai lagi
yang tak tahu AQ ni wujud pun.
Pastu tadi aku try hantar cadangan/komen kat TV9 melalui website dia.... hampeh...
keluar error lak bila send. So aku paste kat sini je la ketidakpuashatian aku... hahaha
"Please
do something about AQ. so far you guys haven't done enough to attract
more people to watch the show. Jangan jadikan rancangan ni syok
sendiri. Tolong jangan ulangi kesilapan semalam (26/05/2006) yang
kelihatan kelam-kabut dan banyak masalah teknikal hingga terpaksa
ditanguh-tangguhkan penyiaran. Kenapa tiada diari ? kenapa tak
ditunjukkan proses pembelajaran ? kenapa tidak dibenarkan undian
penonton ? inilah yang menarik penonton sebenarnya. Buat elemen
suprise. Jemput selebriti untuk memperdengarkan bacaan. Banyak
implikasi kalau program ini gagal. Tanggungjawab sekarang di bahu TV9."
Kalau ada orang TV9 baca... harap2 amik la tindakan segera.
Pakcik dah bosan tengok program syok sendiri korang.
|
Posted at 10:23 am by houdini