One In A Million Jumaat, 2 Jun 2006 KL Audition Rupanya ramai bakat-bakat terpendam yang masih belum ditemui di Malaysia ni.
Halim (betul ke nama dia?) berumur 16 tahun menyanyikan lagu Here Without You (3 Doors Down)
Syafinaz kata dia tak expect a big voice, a small body and a big voice
Paul kata "impressive....kind of cute too" ..hahaha...Paul ni dulu kata Daniel cute.
Lain macam jer.
Halim - Here Without You Peserta
seterusnya, Yunalis (Alis) seorang yang bertudung, study law, suka
bowling. Main bowling untuk negeri Perlis. Menyanyikan lagu Bohemian
Rapsody (Queen).
Alis - Bohemian Rapshody Paul kata "pretty decent effort, actually you need a bigger voice for that song"
Syafinaz nak dengar lagu lain. So Alis pun bantai la lagu Arab.
Alis - Lagu Arab
Ching bermain gitar dan menyanyikan lagu What's Up. Selamba jer
lalalala sebab lupa lirik tapi part tarikkk tu.... fuhh power beb!
Ching - What's Up Mable boleh mencipta lagu, menulis lirik. Menyanyikan Menaruh Harapan.
Mable - Menaruh Harapan Shahril, 30 tahun, seorang Interior Designer. Tapi takde tunjuk lak dia audition. Lain macam je si Awal ni.
Budak kecik suara kecik....umur 17 tahun. hahaha
Nyanyi lagu Westlife - Against All Odds.
Paul Moss siap mintak IC dia nak pastikan dia ni lelaki ke pompuan.
Hahaha.. kejam arr Paul.
Bila Syafinaz suruh nyanyi korus terus dia kata tak leh nyanyi terus ke korus..
dia kata kena start dari mula. Adeh.. lawak giler arr.. aku terkekek-kekek gelak.
Cindy, 18 tahun. Nyanyi Keep On Singing My Song (Christina Aguilera).
Nyanyi sebijik cam Christina, pastu nyanyi lagu Whitney lebih-lebih bunga lak.
Cindy - Keep On Singing My Song & I Have Nothing Siti Saerah, adik Siti Nurhaliza. Belajar vokal dengan Juliza Adlizan.
Nyanyi dua tiga baris je tapi tetap terpilih.
(adakah ini model iklan tmnet yang baru ?)
Siti Saerah - Mencintaimu & Tiada Lagi Pastu ada gak penyanyi yang boleh bermain muzik sekalik datang bawak gitar bagai.

Suara mamat ni ok gak. Dia nyanyi lagu Glenn kot. Relax jer.

Mamat ni pun sempoi jer. Tapi tak dapat.

Mamat ni ada studio sendiri kot kalau tak silap. Power gak sore dia.
Faizul MI2 pun datang. Poyo je mamat ni. Ada ke patut nyanyi lagu asli.
"hai kacang meleleh..... kacang meleleh..di pohon kayu..." adeh... lawak sungguh...
Bila Syafinaz tanya apsal nyanyi lagu ni, dia kata "saya boleh bawak lagu asli"
Syafinaz kata " I don't think so"
Dia kata "Kalau takde orang bawak lagu irama melayu asli, siapa lagi?"
melawan pulak... poyo.
Shok Yi satu-satunya peserta yang berani menyanyikan lagu Gemilang.
Nyanyian dia agak baik. Muka cam innocent jer. Nasib baik diorang suruh
dia berenti sebelum masuk chorus. Kalau tak tak tahu la dia dapat ke
tak masuk.
Shok Yi - Gemilang
Minah ni sempoi. Tapi sayang tak terpilih. Kalau terpilih mesti seronok
sebab dia cam funny dan ceria je. Kesian dia, nyanyi satu line Paul
suruh tukar lagu, nyanyi satu line lagik, Paul suruh tukar. Hahaha.
Tak puas hati Artis pun ramai yang datang ujibakat. Tapi tak semua lepas.
Nine Phyne Ballerz datang nyanyikan lagu Belaian Jiwa. Macam ada bunyi terkucil sikit. Nervous ke Nine ?
Mamat ni saper arr ? cam pernah tengok.

Ni lagi sorang aku tak ingat saper.
Farah Asyikin MI2 pun datang. Nyanyi lagu Because Of You - Kelly Clarkson.
Farah - Because Of You Dan akhirnya Dayang Nurfaizah muncul...Yahoo....
Peserta yang dinanti-nanti. Bila ditanya kenapa dia nak menyertai pertandingan ni,
Dayang jawab dia nak pergi lebih jauh, melebarkan sayap ke luar. Lebih kurang la.
"I wanna spread my wings!"
Mari ramai-ramai support Dayang as One In A Million.
Dayang nyanyi lagu Where Do Broken Hearts Go (Whitney Houston)
Dayang Nurfaizah - Where Do Broken Hearts Go
Next Episode
Alis
Dayang - akan menyanyikan Awan Yang Terpilu