houdini's point of view...
   

<< May 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Friday, May 26, 2006
AI & AQ..... jurang perbezaan yang besar..


Semalam tengok American Idol result. Nasib baik jugak la si Taylor Hicks tu yang menang dan bukannya Katherine McPhee. Katherine tu masa mula-mula dulu ok nyanyian dia tapi lepas-lepas tu macam tak kena jer. So Taylor deserved to win.

 

Semalam jugak aku tengok Akademi Al-Quran. Ini minggu pertama dimana 12 peserta yang terpilih masuk akan dinilai sorang-sorang dan peserta yang mendapat markah terendah akan disingkir. Seperti biasa sepatutnya 8.30 start tapi mungkin ada masalah teknikal jadi diorang dok pasang video klip. Aku rasa bengang la... takkan tak ready. Bukan diorang tak pernah buat live program. Masa lancarkan TV9 pun buat live apa. Tapi yang buat aku musykil dan pening tu adalah, setiap minggu bukan semua peserta akan menyampaikan bacaan. Sebaliknya mereka dipecahkan kepada 3 kumpulan (4 orang satu kumpulan) dan setiap minggu hanya satu kumpulan sahaja yang akan mempersembahkan bacaan. Abih tu kumpulan lagi 2 tu kira dah selamat la ? takkan terkeluar ? Adil ke buat macam tu ?

Pengacara semalam seperti biasa adalah Farah Adeeba dan ditemani pengacara baru Nazrey dari Kumpulan Raihan. Nazrey rasanya memang tak boleh mengacara. Entah apa yang cuba disampaikan pun aku tak tahu. Memang selalu Nazrey ni kalau bercakap macam orang takde idea.. masa persembahan dengan Raihan kalau dia yang bercakap memang entah apa-apa. Nazrey kena belajar untuk mendengar percakapan orang sebelum memotong cakap orang tu. Farah Adeebah cam biasa cute.

Juri ada 3 orang. Salah sorang adalah  bekas Juara Qari Tilawah Peringkat Kebangsaan tu. Ustaz dari Perak tu. Anyway, masa penjurian, juri-juri ni cubab agi komen yang lawak / yang tak terlalu berat.. tapi cam bosan pulak. Aku rasa aku sempat tengok 2 peserta je semalam, lepas tu TV9 buat hal lagik. Pasang video klip banyak-banyak pastu tulis kat bawah tu, AQ akan disiarkan sebentar lagi..bla..bla.... last-last aku tukar channel.
Aku rasa 10 kali aku tuakr balik ke TV9 masih lagi pasang video klip lagu-lagu nasyid tu...
last sekali aku tukar, tahu-tahu dah diumumkan pulak saper yang tersingkir. MALIK tersingkir. Kesian dia.


Pastu dah abih tu, si Nazrey ni dok ajak orang nyanyi lagu tema AQ. Ada jugak lagu tema rupanya. Tapi lirik bukan dalam Bahasa Melayu la. Ermmm.. karang aku komplen karang. Apalah salahnya buat lirik dalam BM.

Aku tensen sangat tengok AQ ni, dah masuk minggu kelima tapi cam takde hala tuju je. Jadik program syok sendiri. Patutnya war-warkan beria-ia la sikit suruh datang beramai2 ke sana ke, iklan selalu ke. Dah la takde diari harian. kata nak buat cam AF. TV9 patut tahu orang suka tengok AF adalah kerana ada diari harian, diorang boleh tengok peserta kat dalam tu buat apa, pastu bila time kelas boleh sama-sama belajar sekali kat umah. Pastu AQ ni takde undian SMS. Bila takde undian SMS, takde hubungan antara penonton dengan peserta2 tu semua. Penonton macam diabaikan je. Macam penonton tak penting je. Sebab tu la setakat ni aku rasa ramai orang masih tak tengok AQ ni dan ramai lagi yang tak tahu AQ ni wujud pun.

Pastu tadi aku try hantar cadangan/komen kat TV9 melalui website dia.... hampeh...
keluar error lak bila send. So aku paste kat sini je la ketidakpuashatian aku... hahaha

"Please do something about AQ. so far you guys haven't done enough to attract more people to watch the show. Jangan jadikan rancangan ni syok sendiri. Tolong jangan ulangi kesilapan semalam (26/05/2006) yang kelihatan kelam-kabut dan banyak masalah teknikal hingga terpaksa ditanguh-tangguhkan penyiaran. Kenapa tiada diari ? kenapa tak ditunjukkan proses pembelajaran ? kenapa tidak dibenarkan undian penonton ? inilah yang menarik penonton sebenarnya. Buat elemen suprise. Jemput selebriti untuk memperdengarkan bacaan. Banyak implikasi kalau program ini gagal. Tanggungjawab sekarang di bahu TV9."

Kalau ada orang TV9 baca... harap2 amik la tindakan segera.
Pakcik dah bosan tengok program syok sendiri korang.



|

Posted at 10:23 am by houdini
 

Next Page