houdini's point of view...
   

<< May 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Sunday, May 21, 2006
Tirai Akademi Fantasia 4


Tirai Akademi Fantasia

AF4 ni walaupun orang kata hambar, tapi aku tetap teruja nak tengok. Bukan sebab aku ni fanatik AF, tapi sebab teringin nak tengok sejauh mana AF4 boleh menjadi program yang lebih baik dari AF3. AF2 dan AF1.

Anyway, hari Sabtu lepas, Tirai AF bermula. Bermula jam 9.30 malam, dalam Tirai AF ni, adalah untuk memperkenalkan 20 orang peserta yang terpilih untuk ke peringkat seterusnya iaitu Konsert Prelude sebelum dipilih 12 orang bagi menjadi pelajar AF musim ke-4


Pelik juga kenapa bukan Jimmy yang dijadikan pengacara rancangan ini.

<>

Awalnya, diorang cerita tentang proses akhir pemilihan 20 peserta terssebut yang melibatkan tenaga pengajar serta penerbit rancangan.
Kita dapat tengok diorang ni gaduh la sebab masing-masing cam ada peserta favourite masing-masing
untuk diketengahkan.

Selepas itu, bermulalah sessi membuat surprise kepada peserta yang terpilih. ada 20 orang, aku tak ingat sangat camna kejutan untuk setiap pelajar, tapi yang pasti diorang takde idea sebab banyak surprise diorang buat melibatkan kereta

Mula-mula diorang tunjuk surprise untuk bebudak kat Sabah dan Sarawak.
Pastu baru buat untuk bebudak kat semenanjung

Yang musykil tu adalah, kebanyakan bebudak ni dari keluarga yang berada jugak la. Tapi ada 3-4 yang biasa-biasa je. Jadi apa motif Astro amik ramai bebudak dari golongan berada ?
Adakah kerana Astro tahu orang dah taknak mengundi, jadi strategi suruh famili undi habis-habisan ?
Kalau macam tu sure la bebudak dari keluarga yang kurang berada tu keluar awal.

Bila PC untuk kenalkan bebudak ni kat press, masing-masing nak tunjuk kebolehan menyanyi. Antara yang menarik perhatian adalah, Salima yang menyanyikan lagu Arab.

Dan buat pertama kalinya akan disiarkan Nota Prelude. Agaknya macam diari gak kot cuma ini untuk tunjuk persiapan bebudak tu untuk konsert prelude. Sebelum ni memang takde.
Nota Prelude disiarkan dari Isnin - Jumaat jam 9.00 malam.

Tak sabar nak tengok Konsert Prelude.
Ada tak lagi tarian poyo ?
Ada tak lagi yang nyanyi lagu nasyid ?
Ada lagi tak yang sakit tekak hilang suara takleh nyanyi ?
Ada lagi tak yang nyanyi lagu Whitney Houston sebab nak tonjolkan vokal ?
Ada lagi tak yang nyanyi sengau giler-giler ? hahaha.




Posted at 06:35 pm by houdini
 

Previous Page Next Page