houdini's point of view...
   

<< March 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Monday, March 27, 2006
Birthday Party Akma


Birthday Party Akma
26 Mac 2006
Hotel JW Marriot Putrajaya

* Secara ringkas je la... 

Sampai awal kat JW Marriot sebab dah janji dengan yang lelain nak praktis untuk persembahan masa majlis nanti.
Rupa-rupanya aku paling awal... hahaha... Kak Sariyah as always dah memang ada kat situ. Ballroom tu nampak besar.
Banyak gak meja, dengarnya dalam 70 peminat Akma dah bersetuju nak datang.

Sementara menunggu yang lain datang, tengok la persiapan terakhir yang sedang dibuat oleh pihak hotel.
Kak Charm & Aqil pun sampai awal gak. Lepas tu Sofea & Azhar praktis nyanyi lagu Yang Tersayang. Fuhhh...power gilerr suara diorang.
Memang famili diorang semua memang boleh nyanyi arrr...

Lepas pemain gitar sampai, kitaorang pun start praktis walaupun dah ada penonton kat dalam ballroom tu.
Banyak kali praktis pun berterabur jugak nyanyi.. hehehe... takpe..takpe.. kita bukan artis.
Dah abih praktis masing-masing tunggu majlis bermula.

Bila majlis bermula, mc mengalu-alukan kedatangan semua.
Sambil tu meminta semua cuba menyanyikan lagu birthday untuk Akma.
Suram dan macam tak bernyawa je bunyinya.

Tiba-tiba MC mengumumkan bahawa Akma tidak dapat hadir kerana berada di Melaka.
Peminat-peminat Akma pulak, macam blurrr je. Hahaha...
Lepas tu diorang telefon Akma, dan Akma pun meminta maaf pada semua sebab tak dapat hadir.
Macam tak menjadi gimik tu, sebab crowd macam blurr jer.

Anyway, lepas tu tetiba Akma muncul kat pintu masuk, sambil start nyanyi lagu First Love.
Crowd tak la bersorak sakan. Hampeh.Tak sporting la diorang ni.
Akma cantik berbaju pink yang tentunya disponsor oleh Cosry.

Lepas abih nyanyi, Akma bagi ucapan sikit.
Lepas tu sesi potong kek. Semua famili Akma dijemput ke depan.
Dan ketika ni, ada kelibat baru masuk dewan sambil cover muka dengan teddy bear besar.Hahaha..
Dan kelibat tersebut adalah Jehan Miskin pelakon yang Akma minati.
Terghezut Akma bila Jehan muncul, tetiba aku terpikir time tu Akma jadik cam kitaorang lak bila jumpa artis yang diminati.
Jehan bagi bunga kat Akma...bla bla..bla.....(takleh citer)

Dan sesi makan pun bermula.
Makanan memang ok. Best la gak. Kek-kek tu semua.....fuhhhhhh...best gilerrr...

Lepas tu Akma nyanyi lagu Senggol-Senggolan dan Joget Berhibur.
Dan Akma menjemput Emai dan seorang mamat hiphop naik ke pentas menari bersama.
Emai macam biasa la gelek maut dia... hehehe.
Mamat hip hop dangdut tu hebat arrrr.. tak penah aku tengok hip hop menari dan menyanyi dangdut.
Wa respek sama lu bro.
Best la dapat dengar Akma nyanyi lagu irama malaysia lagi. Memang sesuai dengan lenggok suara Akma.
Fazza pun dijemput ke depan menari dengan Akma. Cayalah Fazza. Walaupun dalam keadaan cedera sporting giler.

Sessi umumkan pemenang ucapan terbaik untuk birthday Akma. Dan pemenangnya adalah Faiz Syafiq & Diana Yusof.
Tahniah!!!!

Lepas tu sessi persembahan sajak. Tahniah Izasukor atas penyampaian yang sungguh berkesan.

Sambil sambil makan, Akma bergerak dari meja ke meja bertemu peminat.

MC pun umumkan bahawa ada persembahan dari Akma FC, pemain gitar pun pegi bersedia di pentas.
Adik Akma, Azhar akan menyampaikan lagu Belaian Jiwa. Sebenarnya ia gimik. Dah dirancang supaya beliau nyanyi sorang dulu.
Beliau sengaja memberhentikan nyanyian lepas rangkap pertama.
Seterusnya menjemput ahli Akma Fc untuk bersama-sama menyampaikan lagu tersebut.
Kami yang masing-masing sebenarnya dah bersedia ni...hahaha..pun berlari-lari ke pentas. Hahaha
Semangat sungguh.

Dan nyanyian kami yang hancusss itu pun kedengaran dalam ballroom tersebut.
Tak cukup penonton dan jugak Akma disiksa dengan suara kami yang pitchingnya terjunam ke laut,
kami siksa mereka lagi dengan satu lagi lagu.. Kau ilhamku. Hahaha... anyway, it was a fun performance from us untuk Akma.
Terima kasih pada semua yang join nyanyi.

Lepas tu, sessi game bermula. Di setiap kerusi telah dilekatkan nombor.
Jadi kumpulan dibahagian mengikut nombor tempat duduk dari meja berlaian.
Setiap group diminta set nama kumpulan, melantik ketua dan set satu bunyi untuk kumpulan.
Macam-macam bunyi ada. Kelakar. Lepas tu ketua kumpulan kena tutup mata, ahli lain cuma boleh guide ketua untuk carik dan kutip gula-gula dalam ballroom.
Bawah meja, bawah kerusi. Berterabur. Hehehe...ada yang kutip sendiri yer.. main tipu arr korang.
Masuk bawah meja kutip gula-gula bagi kat tangan ketua. Hahaha..

Lepas tu sesi persembahan dari Azhar & Sofea. Menyanyikan lagu Yang Tersayang. Sambil menjemput beberapa peminat naik ke pentas untuk menari.
Ada yang hebat bergelak, tak kurang juga yang malu-malu kucing. Hahaha.
tengah-tengah lagu, diorang tarik Akma bergelek sekali.
Pastu dah nak abih lagu, diorang tarik mak abah diorang naik ke pentas menari dan menyanyi.
Hebat arrr.

Lepas tu sessi game kedua, top 3 bagi game pertama kena menggunaan badan mereka untuk menulis I LOVE YOU.
Sambil membelakangkan penonton, lebih kepada menulis menggunakan punggung. Hahaha.
Anyway, macam-macam gaya. Dan mereka sporting.
Last sebelum announe pemenang, Akma diminta tulis I LOVE YOU TOO pulak.
Fuhhh Akma buat dengan penuh gaya dan menarik. Hehehe.

Lepas tu sesi bagi hadiah. Pada 3 kumpulan yang menang game, pemenang Best Dress (Tahniah Chen), Earliest Paid (Susila) dan 2 cabutan bertuah.
Disambung dengan nyanyian dari Akma, lagu Tiga Malam disampaikan dengan penuh syahdu dan bersahaja oleh Akma.

Akhirnya, Akma menyampaikan lagu Percaya Pada Cinta.
Namun crowd yang kurang happening tidak nyanyi bersama Akma. Ish... apa arrrrr...

Majlis pun tamat dalam kul 6.
Sessi bergambar dan mintak autograph Akma pun bermula.
Masa yang diperuntukkan adalah 15 minit tapi akhirnya meleret sehingga berminit-minit. Hehehe..

Aku tak bawak kamera so takde gambar la yer. Hehehe. Satu ni je aku amik guna handphone.



Untuk melihat gambar-gambar lain sila ke fotopage Aqil dan Ajeem. Credit to Aqil dan Ajeem.

http://aqildotcom.fotopages.com
http://akademi-fantasia.fotopages.com

|

Posted at 08:22 am by houdini
 

Next Page