Perlawanan Bowling Akma FC
25 Februari 2006 (Sabtu)
10.00 Pagi
Bangsar Bowl, Bangsar Shopping Centre
Bila artis dan peminat menjadi kawan
Walaupun
pada awalnya, aku risau gak memandangkan bilangan yang dah
confirm kehadiran tak ramai tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan
lancar dan lebih baik dari sangkaan aku.
10
pagi adalah masa yang ditetapkan untuk bertemu di Bangsar Bowl,
walaupun pada hakikatnya Bangsar Bowl hanya mula beroperasi pada
jam 10.30 pagi. Biasalah janji melayu, kalau tak diberitahu awal
mesti ramai yang datang lambat.
Seorang
demi seorang datang, dan saling berkenalan. Satu yang dapat
diperhatikan, walaupun first time berjumpa tapi rata-rata
semuanya mudah mesra and get along very well. Ada yang
datang untuk bermain , ada yang datang untuk beri sokongan..
terima kasih banyak. Yang datang dari Perak pun ada....hebat sungguh
sokongan beliau pada Akma.
Memandangkan
Akma dan famili dijangka tiba lewat sedikit, jadi permainan
dimulakan dulu. Dengan 4 lane di tengah-tengah sekali sekala
kecoh jugak sampaikan orang-orang yang bermain di lane lain
tengok. Hahaha... where's the fun of bowling kalau tak kecoh
right ?
Bila
diberitahu Akma dan famili on the way, sambil bermain bowling,
sesetengah dari kami, terjenguk-jenguk kat pintu masuk (ok..ok.... aku la terjenguk2 tu...hehehe).
Tak sabar menunggu kedatangan Akma dan keluarga. Masa tu baling bola
bowling pun dah tak betul. Hahaha.. Lebih kurang 11 lebih, Akma
dan famili pun sampai. Apa lagi semua dok serbu la menyambut.
Hehehe. Akma datang bersama ibu bapa serta adik lelakinya Azhar
atau lebih dikenali dengan Ja'a.
Masa
tu jugak, masing-masing tak melepaskan peluang untuk bergambar
dengan Akma, sambil mata-mata di sekeliling memerhati. Hehehe...
diorang pun teringin nak bergambar dengan Akma tu, tapi malu. Masa tu
jugak statement "Ni nak main bowling ke nak bergambar ?" sering
kedengaran dari peserta-peserta bowling. Hehehe..
Kebetulan
jugak, masa tu, ada sekumpulan budak-budak Pandu Puteri.. tak
sure sekolah mana beratur tunggu turn nak bergambar dan mintak autograf
Akma. Yang seronok dan membuatkan aku tersenyum tu, apabila
melihatkan raut wajah kegembiraan dan keseronokan pada wajah
bebudak tu. Akma pulak, dengan sikap yang mesra serta senyuman
yang manis tu (chewahh puji lebih lak...hehehe)... tetap melayan
seorang demi seorang bebudak tu. Kedengaran seorang dua mengatakan
"Saya minat kak Akma!", "Kak Akma nyanyi sedap!" "Kak Akma nyanyi
best", "Kak Akma nyanyila sikit".
Selesai
sesi bergambar barulah Akma turun padang bermain bowling. Not bad
jugak Akma main bowling. Tapi menurut ayah Akma, sesekali bila
ada kelapangan, diorang satu famili pergi main bowling. Oohooooo
patutlah Ja'a pun teror gak main bowling. Tu belum ayah dan mak
Akma lagi tu, silap-silap lagi hebat. Hehehe....
Bila
ada Akma kat situ masing-masing dah tak fokus main bowling dah.
Mulalah bola asyik ke longkang je. Hehehe..... melihatkan Akma
bermain bowling, walaupun dengan penuh kelembutan (alamak TERpuji
lagik..hehehe) tapi power gak. Hehehe. Maxxwu akhirnya muncul
walaupun pada awalnya tak dapat confirm kehadiran. Thanks for
coming maxx. Selain tu, ada jugak ahli JU yang datang beri sokongan.
Thanks.
Siapa
sangka seorang artis boleh menjadi kawan kepada
peminat-peminatnya dan begitu juga sebaliknya. Tapi itulah realitinya
dengan Akma FC. Bila Akma meluangkan masa bukan saja untuk datang
beri sokongan pada pemain2 bowling, tapi turut serta bermain,
hubungan antara Akma dan peminat menjadi lebih rapat dan mesra.
Tak semua artis boleh bergaul dengan peminat-peminatnya sebegitu.
Kebanyakkannya meletakkan batasan yang agak melampau sehingga
peminat terkapai-kapai sendirian. Tapi sebagai peminat, kita juga perlu
tahu batas-batas sebagai peminat. Walaupun seseorang artis tu
milik masyarakat tapi tak semestinya kita ada hak ke atas mereka.
Kami semua amat berterim kasih pada Akma kerana sedar kehadiran
kami sebagai peminat & penyokong Akma. (sekian ceramah
motivasi hari ni..hehehe) Walaupun Akma kena bergegas untuk ke
Tanjung Karang, sebab ada function di sana, tapi Akma tetap sudi
meluangkan masa dengan peminat. Keep it up Akma!
Lebih
kurang pukul 12.30, Akma dan famili terpaksa beransur, walaupun
sekejap, tapi kalau dilihat pada muka semua, masing-masing puas
hati dapat jumpa dan bermain bowling bersama Akma. Walaupun Akma
dah takde kat situ, sesetengah dari kami, terus bermain satu lagi
game memandangkan sebelum tu, lane kami bermasalah. Hahaha...
memang betul la lane tu bermasalah, bukan alasan la.... :p
Secara
keseluruhan, acara kecil ni, dah mencapai target, untuk memilih
wakil Akma FC di tournament minggu depan, serta merapatkan
hubungan antara peminat Akma. Terima kasih pada yang sudi hadir,
bermain dan beri sokongan. Nama wakil pun dah dipilih, jadi pada
semua peminat Akma, jangan lupa turun ramai-ramai 5 Mac 2006
(Ahad) pukul 1 petang di Ampang Point untuk bagi sokongan pada
team Akma FC.
p/s : saper-saper yang amik gambar tu share-share la yer... boleh hantar ke houdinipotter@gmail.com

Posted at 08:34 am by houdini
Permalink